IIUM Repository

Perketat peraturan pembangunan di lokasi risiko wujud lubang benam

Kasim, Norhidayu (2024) Perketat peraturan pembangunan di lokasi risiko wujud lubang benam. Berita Harian, Komentar (28hb Ogos 2024). p. 11.

[img] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (2MB) | Request a copy

Abstract

NEGARA dikejutkan dengan kejadian kehilangan seorang wanita warga India terjerumus ke dalam lubang benam di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur pada 23 Ogos lalu. Lubang benam adalah fenomena geologi yang mana permukaan tanah terbenam atau runtuh secara tiba-tiba, membentuk lubang besar akibat penyerapan tanah oleh air bawah permukaan tanah. Pembentukan lubang benam secara tiba-tiba dan sukar diramal sering menyebabkan kehilangan nyawa dan kemusnahan kepada infrastruktur negara. Lubang benam kerap berlaku di kawasan batu kabur sebagai batuan dasar. Batu kapur dan dolomit adalah jenis batuan larut dalam air, terutama apabila air berkenaan berasid. Apabila air bawah tanah mengalir melalui retakan dalam batu kapur, ia akan melarutkan batuan secara perlahan, mencipta rongga di bawah permukaan tanah. Lama kelamaan, apabila rongga menjadi terlalu besar, permukaan tanah boleh runtuh, menghasilkan lubang benam. Kawasan Kuala Lumpur terdiri daripada batuan ini dan ia mungkin menjadi faktor berlakunya kejadian lubang benam.

Item Type: Article (Newspaper)
Additional Information: 8812/114125
Uncontrolled Keywords: perketat peraturan, lubang benam, tanah jerlus, Jalan Masjid India
Subjects: T Technology > TN Mining engineering. Metallurgy
T Technology > TN Mining engineering. Metallurgy > TN950 Building and ornamental stones
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Engineering
Kulliyyah of Engineering > Department of Civil Engineering
Depositing User: Ir.Ts.Dr. Norhidayu Kasim
Date Deposited: 28 Aug 2024 14:56
Last Modified: 28 Aug 2024 14:56
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/114125

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year