IIUM Repository

Tanggungjawab pesalah kanak-kanak bagi kesalahan curi dalam undang-undang Islam dan sivil = Responsibility of child offenders in theft offences in Islamic and civil laws

Ab Aziz, Norjihan and Che Ramli, Nur Najaa Syairah (2023) Tanggungjawab pesalah kanak-kanak bagi kesalahan curi dalam undang-undang Islam dan sivil = Responsibility of child offenders in theft offences in Islamic and civil laws. Kanun: Jurnal Undang-Undang Malaysia, 35 (2). pp. 269-288. ISSN 0128-2670 E-ISSN 2682-8057

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (270kB) | Preview

Abstract

Jenayah curi merupakan kesalahan jenayah yang berat, sama ada dalam undang-undang jenayah Islam mahupun sivil. Pesalah yang melakukan kesalahan jenayah curi, mengikut sistem keadilan tradisional perlu bertanggungjawab dengan hukuman. Kanak-kanak yang telah mencapai umur minimum liabiliti jenayah jika melakukan kesalahan jenayah curi juga tidak terlepas. Namun begitu, pesalah kanak-kanak tidak boleh diadili seperti pesalah dewasa. Undang-undang Islam mengecualikan kanak-kanak daripada hukuman hudud bagi kesalahan mencuri, namun boleh bertanggungjawab melalui hukuman takzir. Di Malaysia, pesalah kanak-kanak yang terlibat dalam jenayah curi yang ditadbir dalam Akta Kanak-kanak 2001 boleh dihukum jika disabitkan bersalah. Tanggungjawab pesalah kanak-kanak di Malaysia adalah terbatas pada perintah mahkamah atau hukuman yang diputuskan olehmahkamah bagi kanak-kanak sahaja. Namun begitu Konvensyen Kanak- kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menggalakkan negara ahli untuk menyelesaikan kesalahan jenayah ringan melalui proses keadilan restoratif bagi membolehkan pesalah kanak-kanak bertanggungjawab secara langsung kepada mangsa. Sebagai contoh, United Kingdom dan Brunei telah membenarkan pesalah kanak-kanak bertanggungjawab atas kesalahan yang dilakukan berdasarkan teori keadilan restoratif. Kajian ini mengkaji bagaimana pesalah kanak-kanak boleh bertanggungjawab terhadap mangsa berdasarkan undang-undang Islam dan sivil serta pemakaiannya di negara-negara terpilih, dan di Malaysia. Kajian ini mencadangkan agar Akta Kanak-kanak 2001 dipinda bagi membolehkan pesalah kanak-kanak turut bertanggungjawab secara langsung terhadap mangsa melalui proses keadilan restoratif. Kajian ini menggunakan kaedah doktrinal yang merujuk sumber primer dan sekunder yang terdapat dalam kepustakaan seperti peruntukan undang-undang, kes-kes yang diputuskan, buku, makalah jurnal dan sebagainya.

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: Pesalah kanak-kanak, curi, keadilan restoratif, tanggungjawab jenayah, hukuman, undang-undang kanak-kanak
Subjects: K Law > K Law (General)
K Law > K5000 Criminal Law
K Law > K5401 Criminal Procedure
K Law > KBP Islamic Law
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws > Department of Legal Practice
Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws
Depositing User: Dr. Norjihan Ab Aziz
Date Deposited: 01 Aug 2024 11:18
Last Modified: 01 Aug 2024 11:18
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/113564

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year