IIUM Repository

Iklim ganas: ancaman kepada kesuburan manusia

Abdul Razak, Redzuan Nul Hakim and Md Isa, Muhammad Lokman and Jainlabdin, Mohd Hanif (2024) Iklim ganas: ancaman kepada kesuburan manusia. Majalah Sains. E-ISSN 2682-8456

[img]
Preview
PDF (Magazine) - Published Version
Download (1MB) | Preview

Abstract

Perubahan iklim yang semakin ketara dengan peningkatan suhu menyebabkan kemarau, kebakaran hutan, pencemaran udara yang semakin buruk, dan corak cuaca yang tidak menentu mengakibatkan berlakunya krisis kesihatan global. Aktiviti industri di seluruh dunia telah meningkatkan pembakaran bahan bakar fosil yang meningkatkan pembebasan gas rumah hijau merupakan penyumbang utama kepada krisis iklim. Selain daripada kenaikan paras laut, peningkatan suhu global dan kejadian cuaca ekstrim yang semakin kerap, perubahan iklim juga didapati memberi impak buruk terhadap kesihatan manusia. Perubahan iklim global merupakan ancaman terbesar kepada kepelbagaian biologi dan mampu menjejaskan populasi semula jadi spesis. Ia mempunyai kesan langsung dan tidak langsung terhadap kesihatan manusia kerana kegagalan strategi penyesuaian fisiologi berhdapan fenomena persekitaran yang berubah-ubah. Perubahan iklim mungkin secara langsung menjejaskan kesihatan dengan mengganggu fungsi fisiologi atau secara tidak langsung dengan menjejaskan faktor persekitaran dan sosiodemografi seperti kemerosotan kualiti udara dan air, ketidakjaminan makanan dan tempat tinggal dan sebagainya.

Item Type: Article (Magazine)
Subjects: Q Science > QP Physiology
S Agriculture > S Agriculture (General)
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Nursing
Kulliyyah of Nursing > Department of Basic Medical Sciences for Nursing
Institute of Planetary Survival for Sustainable Well-Being (PLANETIIUM)
Depositing User: Redzuan Nul Hakim Abdul Razak
Date Deposited: 09 Jul 2024 09:59
Last Modified: 09 Jul 2024 12:11
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/113024

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year