Nahar, Nora'Azian and Rosly, Nurul Jamilah
(2024)
Penguasaan kata nama kanak-kanak berumur 3 hingga 5 tahun semasa pandemik COVID-19
= Noun proficiency among 3 to 5 year olds during the COVID-19 pandemic.
Jurnal Pengajian Melayu, 35 (1).
pp. 55-73.
ISSN 1823-7622
E-ISSN 2735-1904
Abstract
Kanak-kanak generasi kini yang sememangnya kurang berminat bertutur menggunakan bahasa
Melayu kesan pendedahan kepada media digital sepanjang pandemik COVID-19. Kajian ini dijalankan
bagi mengenal pasti penguasaan golongan kata nama dalam bahasa Melayu bagi kanak-kanak dan
menjelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi penguasaan perkataan dalam bahasa Melayu semasa
tempoh Kawalan Pergerakan (PKP). Seramai tujuh orang kanak-kanak yang berumur antara 3 hingga
5 tahun dipilih secara rawak sebagai subjek kajian. Empat daripada tujuh subjek kajian telah ke
sekolah tadika sebelum PKP dan bakinya belum pernah menjejakkan kaki ke prasekolah. Pengkaji
menggunakan 50 keping kad gambar kata nama am untuk memperoleh data. Data disokong dengan
pandangan daripada ibu atau bapa kanak-kanak melalui temu bual berstruktur yang dijalankan secara
dalam talian. Skor markah dan maklumat temu bual ditranskripsi dan dianalisis. Dapatan kajian
menunjukkan purata penguasaan bahasa Melayu subjek kajian adalah peringkat rendah. Dua orang
subjek kajian memperoleh skor tahap tinggi, manakala dua orang subjek kajian memperoleh skor
tahap sederhana dan tiga orang subjek kajian pada skor tahap rendah. Subjek kajian yang belum
pernah ke prasekolah didapati dapat menyebut perkataan kata nama dengan baik, namun subjek
kajian yang pernah ke sekolah mendapat skor sebaliknya. Dapatan menunjukkan bahawa
pemerolehan bahasa pertama berlaku secara semula jadi dan dipengaruhi oleh faktor persekitaran.
Implikasinya, kanak-kanak akan terpengaruh dengan bahasa yang kerap didengarnya melalui
pertuturan seharian dan di media massa. Faktor dwibahasa turut menyumbang kepada faktor
penggunaan bahasa rojak. Kajian lanjutan perlu dilakukan bagi memartabatkan bahasa kebangsaan
negara ini agar kanak-kanak generasi Alpha menghargai bahasa kebangsaan mereka.
***** The current generation of children, who are already disinterested in speaking Malay, face the effects of exposure to digital media during the COVID-19 pandemic. Hence, this study aims to identify the mastery of noun groups in the Malay language among children and elucidate the factors that could have impacted it during the Movement Control Order (MCO). Seven children between three and five were randomly selected as respondents. Four had attended kindergarten before the MCO, whereas the remainder had never been sent to school. A total of 50 common nouns were utilised to test the children to obtain data, which was then supported by structured interviews with parents online. The scores and information from the interviews were transcribed and analysed. Findings showed that the average level of language proficiency is low. Two respondents were considered high achievers, two intermediate and three low. However, respondents who never went to school could pronounce the nouns fluently compared to those who did. In addition, the first language acquisition was found to have occurred naturally, and environmental factors also influenced their proficiency. The implication is that children could be influenced by the language they often hear in everyday speech or mass media. Bilingualism also contributed to the mixing of languages. More studies could be done to dignify the national language so that the Alpha generation would appreciate it better.
Actions (login required)
|
View Item |