Ab Aziz, Shamrahayu (2024) Syor MRR wujud badan penyelidik cadang nama pelantikan penting. Berita Harian, MukaSepuluh (29hb Mei 2024). p. 10.
PDF
- Published Version
Restricted to Registered users only Download (476kB) | Request a copy |
Abstract
Kuasa dan peranan institusi beraja pada peringkat Persekutuan, iaitu Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja (MRR) berkaitan lantikan jawatan penting negara jelas dinyatakan dalam pelbagai peruntukan Perlembagaan. Jawatan penting ini dimaksudkan sebagai jawatan utama berkaitan urusan dan pentadbiran negara. Dari segi sejarah, kuasa dan peranan raja-raja berkaitan pelantikan jawatan penting dimasukkan dalam Perlembagaan atas ketegasan baginda semua ketika proses penggubalan Perlembagaan. Ia terangkum dalam salah satu terma lantikan Suruhanjaya Reid, iaitu untuk membuat cadangan peruntukan Perlembagaan menjamin kedudukan, kehormatan dan kemuliaan Raja-Raja Melayu. Antara perkara berjaya dipertahankan raja-raja dalam hal ehwal pentadbiran negara ialah berkenaan lantikan hakim Mahkamah Agung, lantikan pengerusi suruhanjaya penting seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Polis (SPP).
Item Type: | Article (Newspaper) |
---|---|
Additional Information: | 1552/112707 |
Uncontrolled Keywords: | Majlis Raja-Raja (MRR), Institusi beraja, Malaysia, Hakim Mahkamah Agung |
Subjects: | BPK Islamic law. Shari'ah. Fiqh > BPK36 Islamic law (General) K Law > K Law (General) K Law > KPG Malaysia |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws > Department of Islamic Law |
Depositing User: | DR. SHAMRAHAYU A. AZIZ |
Date Deposited: | 20 Jun 2024 16:34 |
Last Modified: | 20 Jun 2024 16:34 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/112707 |
Actions (login required)
View Item |