Mat Hussain, Eizah and Ahmad, Maryani and Ahmad, Mazlina and Mat Jam Jam, Mohd Fauzan (2023) Penciptaan pantun menggunakan aplikasi ChatGPT: suatu tinjauan. In: Persidangan Antarabangsa Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu (RENTAS) 2023, 24th - 25th October 2023, Hotel EDC, UUM.
PDF (Full Paper)
- Published Version
Restricted to Repository staff only Download (5MB) | Request a copy |
Abstract
Pantun adalah salah satu bentuk puisi tradisional yang terdiri daripada empat baris dalam satu rangkap. Proses menciptakan pantun secara manual memerlukan pemahaman yang mendalam tentang aturan dan pola dalam menepati pantun yang baik. Namun, dengan kemajuan teknologi dan kecerdasan buatan (Artificial Intelligence (AI)) seperti aplikasi ChatGPT, penggunaan teknologi dianggap dapat memudahkan penciptaan pantun hanya dengan menyatakan tema pantun sahaja. Hal ini menimbulkan keraguan terhadap pantun yang diberikan dalam aplikasi ChatGPT menepati ciri-ciri pantun yang baik atau sebaliknya. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti dan menganalisis kesan aplikasi ChatGPT dalam penciptaan pantun Melayu. Metodologi kajian ini menggunakan konsep dan ciri-ciri pantun yang digagaskan oleh Harun Mat Piah (1989). Selain itu, kajian ini menggunakan kaedah kajian literature berdasarkan data sekunder dan secara kualitatif dengan membuat analisis kandungan teks. Dapatan kajian jelas menunjukan pantun yang dihasilkan oleh ChatGPT menepati sebahaguan ciri-ciri pantun baik dan terdapat juga pantun yang tidak memenuhi ciri-ciri pantun yang baik. Aplikasi ChatGPT boleh menjadi alat yang berguna dalam menciptakan pantun secara automatik. Walaupun masih terdapat beberapa keterbatasan yang perlu dibahas. Penggunaan aplikasi ini dapat membantu memperluas kreativiti dan mempermudah proses penciptaan pantun. Diharapkan kajian dan penelitian lebih lanjut dapat dilakukan untuk meningkatkan kualiti dan ketepatan dalam mencipta pantun menggunakan aplikasi ChatGPT.
Item Type: | Proceeding Paper (Invited Papers) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | puisi Melayu tradisional, pantun, kecerdasan buatan, ChatGPT |
Subjects: | P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD) > Bahasa Melayu Division Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD) |
Depositing User: | Mohd Fauzan Mat Jam Jam |
Date Deposited: | 20 Jun 2024 10:20 |
Last Modified: | 20 Jun 2024 10:51 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/112644 |
Actions (login required)
View Item |