IIUM Repository

Perubahan morfologi bandar dan usaha pemuliharaan bandar lama kecil di Malaysia kajian kes: bandar Chukai = Urban morphological transformations and conservation initiatives in small town in Malaysia case study: Chukai town

Mohd Asri, Muhammad Afiq Wasie and Harun, Nor Zalina and Rosley, Muhamad Solehin Fitry and Zakariya, Khalilah (2024) Perubahan morfologi bandar dan usaha pemuliharaan bandar lama kecil di Malaysia kajian kes: bandar Chukai = Urban morphological transformations and conservation initiatives in small town in Malaysia case study: Chukai town. International Journal of the Malay World and Civilisation, 12 (2). pp. 63-78. ISSN 2289-1706 E-ISSN 2289-4268

[img] PDF - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Berdasarkan kaedah yang digariskan oleh UNESCO World Heritage Centre dalam Historic Urban Landscape (HUL), kaedah pemetaan yang komprehensif merupakan langkah awal bagi menjamin keberkesanan pemuliharaan bandar bersejarah. Dalam konteks kajian pemetaan di peringkat tempatan, Kuala Lumpur, Georgetown dan Melaka adalah antara bukti pemuliharaan bandar bersejarah yang berkesan di Malaysia. Data pemetaannya telah diurus dengan baik sehingga mendorong kepada pelan pelaksanaan pemuliharaan yang lengkap. Namun situasi sebaliknya berlaku ke atas bandar bersejarah bersaiz kecil. Akibatnya, berlaku gangguan terhadap morfologi bandar bersejarah sehingga mengancam aset warisan setempat terutamanya melibatkan bangunan warisan. Justeru, kajian ini berhasrat untuk meneroka tahap pelaksanaan pemetaan warisan di sebuah bandar pesisir air iaitu Bandar Chukai, Terengganu. Selain itu, kajian ini turut mencadangkan data pemetaan terkini sebagai langkah terkehadapan dalam memelihara morfologi bandar bersejarah. Kajian ini memperoleh dapatan melalui data pemetaan yang pernah dilaksanakan secara berfasa dan temu bual separa berstruktur bersama pihak berautoriti dalam pelaksanaan kerja pemuliharaan bandar ini. Responden terdiri daripada pegawai muzium daerah, perancang bandar di peringkat daerah dan peringkat negeri. Data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan Analisa bertema yang bersandarkan kepada garis panduan daripada implementasi HUL. Hasil kajian mendapati berlakunya pengabaian pemuliharaan khususnya dalam pelaksanaan pemetaan oleh pihak berautoriti. Kelompongan ini lalu mendorong kepada gangguan morfologi bandar khususnya terhadap plot bangunannya. Kajian ini menyimpulkan bahawa kelompongan dalam peringkat awal pemuliharaan memerlukan perhatian serius. Sebagai salah satu kaedah penyelesaian, kajian ini mengemukakan penghasilan pemetaan terkini menggunakan kaedah GIS bagi tujuan rujukan kajian akan datang dalam konteks mengenal pasti aset warisan melalui bangunan warisan yang masih berdiri di Bandar Chukai.

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: Bandar bersejarah; morfologi; warisan; pemetaan; pemuliharaan
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture
N Fine Arts > NA Architecture > NA1 General > NA105 Preservation and restoration of architecture monument
N Fine Arts > NA Architecture > NA9000 Aesthetics of cities. City planning and beautifying
N Fine Arts > NA Architecture > NA9000 Aesthetics of cities. City planning and beautifying > NA9053.R4 City planning
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Architecture and Environmental Design > Department of Landscape Architecture
Kulliyyah of Architecture and Environmental Design
Depositing User: Dr. Khalilah Zakariya
Date Deposited: 11 Jun 2024 09:26
Last Modified: 11 Jun 2024 09:26
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/112580

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year