IIUM Repository

Kepentingan visual fotografi terhadap kulit buku Orang Asli: analisis semiotik

Suhaimi, Mohamad Suhaizi and Mohd Nazari, Muhammad Helmi (2024) Kepentingan visual fotografi terhadap kulit buku Orang Asli: analisis semiotik. Asian People Journal, 7 (1). pp. 17-32. E-ISSN 2600-8971

[img] PDF - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (453kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini menekuni aspek makna yang terhasil di sebalik sesuatu visual dan kepentingan penggunaan visual fotografi dalam kulit buku Orang Asli berdasarkan analisis Semiotik, yang merupakan salah satu bidang pengkajian makna selain daripada Semantik. Dalammencapai aspek tersebut, dua objektif kajian yang iaitu menghuraikan visual fotografi dalam kulit buku Orang Asli berdasarkan teori Semiotik dan menganalisis kepentingan penggunaan visual fotografi dalam kulit buku Orang Asli. Kajian ini mengaplikasikan teori analisis Semiotik Peirce (1839-1914) sebagai sandaran utama bagi data kajian terhadap empat buah buku Orang Asli yang diselidiki. Proses pengumpulan dan menganalisis data menggunakan kaedah perpustakaan, menerusi kaedah pemilihan bahan, borang soal selidik dan menganalisis dokumen. Dapatan memperlihatkan bahawa teknik penggunaan visual fotografi digunakan dalam kulit buku Orang Asli lebih efektif untuk menarik perhatian pembaca kerana bersifat realiti atau nyata tentang peradaban kaum tersebut. Selain itu, dapatan menunjukkan bahawa terdapat empat kepentingan yang menjadi keutamaan visual fotografi lebih relevan untuk digunakan iaitu memberi hebahan, menarik perhatian, menjelaskan konsep dan memudahkan khalayak membezakan kategori buku di pasaran.

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: Kulit Buku; Visual Fotografi; Semiotik; Makna; Kepentingan
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races > HT1501 Races
P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Sustainable Tourism and Contemporary Languages
Depositing User: DR MOHAMAD SUHAIZI SUHAIMI
Date Deposited: 03 May 2024 10:18
Last Modified: 03 May 2024 10:18
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/112028

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year