IIUM Repository

Perbankan Islam perlu gandakan usaha banti PKS Bumiputera

Noordin, Nazrul Hazizi (2024) Perbankan Islam perlu gandakan usaha banti PKS Bumiputera. Berita Harian, MukaSepuluh (14hb Mac 2024). p. 10.

[img] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (535kB) | Request a copy

Abstract

Saban tahun, jurang pendapatan penengah antara kaum Cina dengan Bumiputera semakin melebar kepada RM2,374 pada 2022 daripada RM1,971 pada (2019) dan RM497 (1989). Bahkan lebih 50 peratus isi rumah di negeri dengan majoriti penduduk Bumiputera seperti Kelantan, Perak, Pahang, Perlis, Kedah, Terengganu, Sabah dan Sarawak tergolong dalam kategori B40. Selain itu, Bumiputera juga mencatatkan kemiskinan mutlak jauh lebih tinggi, iaitu 7.9 peratus berbanding India (5.4 peratus) dan Cina (1.9 peratus). Kedudukan semasa sosioekonomi Bumiputera dilaporkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) ini bukanlah untuk diratapi, sebaliknya ia menuntut langkah penyelesaian lebih berani dan berkesan demi memastikan keutuhan fabrik sosial akan menjamin keharmonian negara. Justeru, 'Pengukuhan Industri Halal' sebagai satu daripada 10 kumpulan kerja Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 menjadi wadah meneroka dan merangka dasar serta insentif pertingkat perusahaan halal, mampu membantu mengurangkan kesenggangan pendapatan dan kemiskinan Bumiputera. Usahawan Bumiputera perlu mengambil kesempatan sepenuhnya daripada pertumbuhan pasaran halal global dijangka bernilai AS$5 trilion (RM23.4 trilion) menjelang 2030. Pada 2023, sumbangan industri halal kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) direkodkan pada kadar 7.9 peratus dan dijangka akan terus meningkat kepada 8.1 peratus menjelang 2025. Namun, kurang separuh atau hanya 3,652 daripada 9,162 syarikat memegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia dimiliki Bumiputera....

Item Type: Article (Newspaper)
Additional Information: 10499/111399
Uncontrolled Keywords: Perbankan Islam, Perusahaan Kecil Sederhana (PKS), Bank Islam, Tabung Haji, bumiputera
Subjects: H Social Sciences > HG Finance > HG3368 Islamic Banking and Finance
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Institute of Islamic Banking & Finance (IIiBF)
Depositing User: Dr Nazrul Hazizi Noordin
Date Deposited: 15 Mar 2024 13:58
Last Modified: 15 Mar 2024 13:58
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/111399

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year