IIUM Repository

Analisis Kesalahan Tatabahasa Dalam Kalangan Murid Orang Asli Jakun

Rosly, Nurul Jamilah and Johari, Arina and Mokhtar, Nor Zainiyah Norita and Nahar, Nora'Azian (2023) Analisis Kesalahan Tatabahasa Dalam Kalangan Murid Orang Asli Jakun. In: 5th ICLET 2023 The International Conference of Languages, Education and Tourism 2023, 7 August 2023 - 9 August 2023, Pagoh Muar.

[img]
Preview
PDF
Download (8MB) | Preview

Abstract

Literasi merupakan kebolehan untuk menulis, membaca dan memahami perkataan, ayat tunggal serta ayat yang mudah dalam mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam proses pembelajaran serta komunikasi harian. Kegagalan murid orang Asli dalam menguasai sistem tatabahasa bahasa Melayu dengan betul memberikan kekangan utama bagi murid orang Asli Jakun menguasai bahasa Melayu dengan baik. Oleh itu kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan membincangkan jenis kesalahan tatabahasa yang dilakukan oleh murid Orang Asli Jakun di Sekolah Kebangsaan Kampung Bharu, Lenga Johor. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan memfokuskan kepada analisis kandungan dan temu bual. Sebanyak 30 set latihan tatabahasa telah diberikan kepada pelajar Tahap 1. Kajian ini menggunakan Teori Analisis Kesalahan Corder (1973). Hasil dapatan menunjukkan terdapat 4 jenis kesalahan tatabahasa yang dilakukan oleh murid orang Asli Jakun iaitu penukaran huruf dengan huruf lain, pengguguran huruf dalam perkataan, penambahan huruf dalam perkataan dan kelewahan dalam ayat. Hasil kajian ini juga mendapati faktor penguasaan yang lemah, tidak berminat serta tidak memahami bahasa Melayu merupakan penyumbang utama dalam kegagalan ke arah pencapaian literasi bahasa Melayu.

Item Type: Proceeding Paper (Slide Presentation)
Uncontrolled Keywords: literasi, bahasa Melayu, analisis kesalahan bahasa, murid orang Asli, pendidikan
Subjects: L Education > L Education (General)
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Languages and Management
Depositing User: Dr Nurul Jamilah Rosly
Date Deposited: 30 Dec 2023 16:48
Last Modified: 16 Jan 2024 11:38
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/109836

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year