IIUM Repository

Bahasa ibunda & identiti budaya: suatu penilaian instrumen dalam penyelidikan prasetia keusahawanan pelajar IIUM

Awang, Mohd. Senu (2023) Bahasa ibunda & identiti budaya: suatu penilaian instrumen dalam penyelidikan prasetia keusahawanan pelajar IIUM. In: Seminar Antarabangsa Siswazah (SAS) Siri 1 : Pengantarabangsaan Sastera dan Budaya Nusantara, 16th December 2023, online. (Unpublished)

[img] PDF (Abstract) - Presentation
Restricted to Registered users only

Download (2MB) | Request a copy

Abstract

Prasetia keusahawanan merupakan dimensi yang sentiasa mendapat perhatian penyelidikan, kerana merupakan antara faktor yang mendorong seseorang untuk menceburi kerjaya dalam bidang keusahawanan. Model Teori Tingkah Laku yang Dirancang -Theory of Planned Behaviour (TPB), merupakan model versatile dan malar hijau yang sering diguna pakai bagi mengukur prasetia keusahawanan. Bagi tujuan penyelidikan ini, seramai 425 orang mahasiswa IIUM terlibat sebagai sampel dalam analisis kuantitatif. Sementara 44 sampel telah diuji untuk kajian rintis. Analisis secara deskriptif dan analisis kebolehpercayaan (Cronbach’s alpha) diukur bagi melihat kestabilan dan ketekalan dalaman item dengan menggunakan perisian SPSS version 26. Nilai Cronbach’s alpha bagi (1) Sikap terhadap Tingkah laku adalah 0.927, (2) Norma Subjektif, 0.948, (3) Kawalan Tingkah laku, 0.860, dan Identiti Budaya, 0.914. Nilai Cronbach’s alpha bagi Bahasa Ibunda, 0.918 dan Prasetia keusahawanan pula 0.936. Manakala analisis korelasi menggunakan analisis Korelasi Pearson bagi mengukur kesahan konstruk item soal selidik. Nilai korelasi bagi semua item menunjukkan semua item soal selidik ini baik, sah dan boleh diterima untuk inter-korelasi terhadap prasetia keusahawanan serta signifikan untuk penyelidikan ini. Nilai-nilai yang diperoleh adalah sangat baik dan mengesahkan instrumen penyelidikan yang dihasilkan boleh diterima untuk tujuan penyelidikan seterusnya. Penyelidik juga mencadangkan model baru dan reka bentuk penyelidikan campuran (mix method). Hasil daripada penyelidikan ini, diharap memberi manfaat kepada semua, termasuk penyelidikan prasetia keusahawanan pada masa akan datang

Item Type: Proceeding Paper (Plenary Papers)
Uncontrolled Keywords: prasetia keusahawanan, norma subjektif, kawalan tingkah laku, identiti budaya
Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD)
Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD) > Bahasa Melayu Division
Depositing User: Faizah Shahbudin
Date Deposited: 28 Dec 2023 16:33
Last Modified: 28 Dec 2023 16:35
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/109760

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year