IIUM Repository

Pengaruh dan penghayatan kitab Iḥyā’ ‘Ulūm al-Dīn al-Ghazālī di dunia Melayu

Moris, Megawati (2023) Pengaruh dan penghayatan kitab Iḥyā’ ‘Ulūm al-Dīn al-Ghazālī di dunia Melayu. In: Seminar Penghayatan Ihya' Ulumuddin, Festival Turath Islami Selangor, 22nd May 2023, Concorde Hotel, Shah Alam. (Unpublished)

[img] PDF (Conference - Unpublished) - Presentation
Restricted to Repository staff only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Kertas ini bertujuan untuk menyorot pengaruh kitab Iḥyā’ 'ulūm al-dīn karya al-Ghazālī di dunia Melayu dan penghayatan karya tersebut dalam melahirkan masyarakat yang beradab. Adab, yang merangkumi etika, perilaku yang baik, dan nilai-nilai moral, memainkan peranan penting dalam membentuk norma sosial dan moral dalam masyarakat Melayu. Dengan menggunakan kitab Iḥyā’ 'ulūm al-dīn, kertas kajian awal ini membincang pentingnya penghayatan ajaran al-Ghazālī dan kesannya terhadap perkembangan masyarakat Melayu yang beradab. Kajian menumpukan kepada pemahaman kosep adab, aspek-aspek yang terlibat, dan aplikasi praktikal yang dicadangkan untuk mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Kertas ini menyiasat penghayatan adab oleh individu dan kesannya terhadap pembentukan nilai dan etika sosial dalam masyarakat Melayu. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa penghayatan ajaran al-Ghazālī mengenai adab memberikan kerangka yang komprehensif untuk perkembangan diri dan pembentukan karakter. Kajian ini memberikan sumbangan kepada pemahaman tentang pentingnya penghayatan Iḥyā’ 'ulūm al-dīn dalam membentuk masyarakat Melayu yang beradab. Ia juga menyoroti secara rinkas relevansi adab pada masa kini dan potensinya dalam menangani cabaran sosial dan moral. Implikasi kajian ini memberikan pemahaman mengenai aplikasi praktikal adab dalam pelbagai aspek kehidupan individu dan kolektif seperti dalam pendidikan dan pembangunan komuniti, yang membuka peluang untuk membangunkan masyarakat Melayu yang ditandai dengan hubungan harmoni antara individu, perilaku etika, dan nilai-nilai moral.

Item Type: Proceeding Paper (Invited Papers)
Uncontrolled Keywords: Pengaruh, penghayatan, Iḥyā’ 'ulūm al-dīn al-Ghazālī, masyarakat beradab
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BJ Ethics
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1 Islam
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1 Islam > BP165.5 Dogma (‘Aqa’id)
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1 Islam > BP166 Theology (Kalam)
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences
Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Usul al-Din and Comparative Religion
Depositing User: Dr. Megawati Moris
Date Deposited: 15 Dec 2023 16:37
Last Modified: 15 Dec 2023 16:37
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/108923

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year