IIUM Repository

Bahasa Slanga dalam kalangan masyarakat di media sosial: pendekatan semantik inkuisitif

Nopiah, Julaina and Lawi, Noratikah (2023) Bahasa Slanga dalam kalangan masyarakat di media sosial: pendekatan semantik inkuisitif. Jurnal Linguistik, 27 (2). pp. 43-59. ISSN 1823-9242

[img] PDF - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (333kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini merupakan kajian tentang penggunaan bahasa slanga dalam kalangan masyarakat di media sosial berdasarkan pendekatan semantik inkuisitif. Slanga merupakan bahasa tidak rasmi yang sering digunakan dalam kalangan masyarakat khususnya semasa berkomunikasi di media sosial. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti penggunaan bahasa slanga dalam kalangan masyarakat di samping menganalisis leksikal bahasa slanga tersebut berdasarkan pendekatan semantik inkuisitif. Bentuk kajian ini ialah kualitatif dengan menggunakan pendekatan semantik inkuisitif yang diperkenalkan oleh Nor Hashimah Jalaluddin (2014). Hasil dapatan kajian ini mendapati bahawa terdapat beberapa bentuk bahasa slanga yang sering digunakan oleh masyarakat ketika mengekspresikan perasaan dan pendapat di media sosial. Melalui analisis yang dijalankan, dapat dilihat bahawa pembentukan makna bagi leksikal bahasa slanga tersebut bukan sahaja melibatkan teori dan falsafah tertentu, tetapi juga pemikiran, budaya, dan akal budi masyarakat. Justeru, pengkaji berharap kajian ini dapat menjawab persoalan berkaitan proses pembentukan dan makna berkaitan leksikal bahasa slanga.

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: Kata kunci: Bahasa slanga, semantik inkuisitif, media sosial, Masyarakat
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P87 Communication. Mass media
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Languages and Management
Depositing User: Dr Julaina Nopiah
Date Deposited: 06 Dec 2023 09:26
Last Modified: 06 Dec 2023 09:26
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/108544

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year