IIUM Repository

Aplikasi teori pengkaedahan melayu dalam filem Mat Kilau (2022) menerusi pendekatan dakwah

Idrus, Azean Idruwani and Othman, Iffah Sakinah (2023) Aplikasi teori pengkaedahan melayu dalam filem Mat Kilau (2022) menerusi pendekatan dakwah. e-JURNAL BAHASA DAN LINGUISTIK, 5 (2). pp. 88-100. E-ISSN 2682-8987

[img] PDF (Article) - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (392kB) | Request a copy

Abstract

Makalah ini menumpukan penganalisisan filem Mat Kilau sebuah filem biografi epik sejarah Malaysia 2022 arahan Syamsul Yusof. Filem ini mengisahkan tentang Mat Kilau bersama dengan ayahandanya, Tok Gajah dan sahabatnya berjuang bermati-matian menentang penjajahan British satu ketika dahulu. Analisis berdasarkan Filem Mat Kilau menerusi pendekatan dakwah ini merupakan kaedah yang digunakan bagi melihat perkembangan Islam dan wadah untuk mempertingkatkan nilai ketakwaan atau ketaatan insan kepada Allah. Fokus kajian tertumpu kepada peristiwa-peristiwa penting yang memperlihatkan kehadiran Pendekatan Dakwah dalam filem Mat Kilau (2022). Kajian bersifat kualitatif ini dilakukan dengan menggunakan kaedah kepustakaan dan analisis teks. Dapatan kajian mendapati adanya penerapan islam seperti kepentingan masa, membantu orang yang dizalimi, sifat dengki, pemimpin ummah dan larangan memfitnah.Filem ini mampu menjadi alat untuk mengembangkan nilai Islam yang berlandaskan al-Quran dan hadis yang membawa kebaikan kepada pembangunan manusia

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: filem, Mat Kilau, pendekatan dakwah, Islam, Teori Pengkaedahan Melayu
Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Languages and Management
Depositing User: Dr. Azean Idruwani Idrus
Date Deposited: 04 Dec 2023 13:56
Last Modified: 04 Dec 2023 14:03
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/108492

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year