Sahrim, Asma and Mohd Nordin, Nor Azlin and Munajar @ Munajat, Munayati (2023) Keberhasilan fisioterapi dalam fasa awal pasca artroplasti lutut menyeluruh. In: Koleksi Penyelidikan Prasiswazah Fakulti Sains Kesihatan UKM: Mendepani Penyelidikan Sains Kesihatan. Penerbit UPM, Serdang, Selangor, Malaysia, pp. 39-43.
PDF (Book Chapter)
- Published Version
Restricted to Repository staff only Download (78MB) | Request a copy |
Abstract
Fisioterapi adalah komponen penting pengurusan pesakit artroplasti lutut menyeluruh (ALM). Namun, bukti sainti k keberkesanan Fisioterapi di fasa awal pasca ALM masih terhad. Kajian ini bertujuan menentukan keberhasilan Fisioterapi ke atas tahap kesakitan, pembengkakan dan julat pergerakan sendi lutut serta kekuatan otot kuadrisep di fasa awal pasca ALM. Ini adalah kajian rintis eksperimental yang dijalankan di Hospital Canselor Tunku Mukhriz, Kuala Lumpur. Sejumlah 16 orang peserta (min umur ± SP = 66.44 ± 7.94 tahun) telah menyertai kajian ini bermula hari ke dua pasca ALM dan menjalani intervensi Fisioterapi standard selama empat minggu. Penilaian keberhasilan intervensi dilakukan dengan menggunakan skala analog visual, ukurlilit lutut, goniometri dan hand-held dynamometer oleh seorang penilai buta. Analisis data dilakukan menggunakan ujian t berpasangan. Hasil kajian menunjukkan peningkatan yang signi kan dalam julat pergerakan sendi lutut (p<0.001) dan kekuatan otot kuadrisep (p=0.002). Min skor kesakitan menurun sebanyak 1.54 ± 0.81 atau 35%, namun ini tidak signi kan secara statistik. Kesimpulannya, Fisioterapi tampak berkesan dalam meningkatkan pergerakan sendi dan kekuatan lutut pada fasa awal pasca ALM. Kajian lanjut diperlukan bagi mengesahkan penemuan ini.
Item Type: | Book Chapter |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Artroplasti lutut menyeluruh, Fisioterapi, kesakitan, pergerakan, kekuatan |
Subjects: | R Medicine > RM Therapeutics. Pharmacology > RM695 Physical medicine. Physical therapy |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Allied Health Sciences Kulliyyah of Allied Health Sciences > Department of Physical Rehabilitation Sciences |
Depositing User: | Dr Munayati Munajar@Munajat |
Date Deposited: | 05 Dec 2023 08:30 |
Last Modified: | 05 Dec 2023 09:07 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/108458 |
Actions (login required)
View Item |