IIUM Repository

Sistem kewangan Islam di Malaysia dari era Kesultanan Melayu Melaka hingga kurun ke -21: satu tinjauan

Fathil, Fathiah and Fathil, Fauziah and Mohd Amin, Juriah (2023) Sistem kewangan Islam di Malaysia dari era Kesultanan Melayu Melaka hingga kurun ke -21: satu tinjauan. Journal of Islamic Philanthropy & Social Finance, 5 (2). pp. 125-136. E-ISSN 2590-3942

[img] PDF (Article) - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (301kB) | Request a copy

Abstract

Pelaksanaan sistem kewangan Islam di Malaysia telah melalui sejarah perkembangan yang tersendiri selari dengan perubahan masa dan era pemerintahan negara. Bermula dari zaman Kesultanan Melayu Melaka, sistem kewangan yang berdasarkan hukum Islam telah diguna pakai seperti mana yang termaktub di dalam Hukum Kanun Melaka atau Undang-undang Melaka. Berpaksi kepada keadilan serta hak yang saksama, sistem kewangan Islam yang dilaksanakan secara tidak langsung telah menyumbang kepada perkembangan Melaka sebagai sebuah pusat perdagangan yang maju lagi unggul di Asia Tenggara. Namun, keadaan ini sedikit sebanyak berubah ketika era penjajahan kolonial di Tanah Melayu berikutan sistem pemerintahan yang secara amnya berteraskan prinsip kapitalisme. Menjelang awal kurun ke-20, sistem kewangan Islam ini berubah lagi secara bertahap atau perlahan-lahan daripada satu amalan yang terhad dalam kalangan masyarakat Melayu kepada sistem yang lebih komersial dan kompetitif ekoran kebangkitan aliran pemikiran ekonomi Islam dalam kalangan para pemikir dan pemimpin kontemporari. Penulisan ini yang melibatkan kajian perpustakaan dan kualitatif adalah untuk mengenal pasti perkembangan sistem kewangan Islam bermula dari zaman Kesultanan Melayu Melaka hinggalah abad ke-21. Selain itu, kajian ini dijalankan untuk mengetahui sejauh mana penggunaan sistem kewangan Islam dalam tempoh tersebut serta bentuk amalan yang diguna pakai dalam kalangan masyarakat. Kesimpulan kajian ini ialah perkembangan amalan sistem kewangan Islam berubah seiring dengan perkembangan sosio politik dan ekonomi di negara ini.

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: Kewangan Islam, Kesultanan Melaka, Malaysia, Sistem kewangan Islam, Sistem kewangan Malaysia
Subjects: BPH Islamic Economics
H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H51 History
H Social Sciences > HC Economic History and Conditions
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of History & Civilization
Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences
Depositing User: Dr. Fauziah Fathil
Date Deposited: 28 Nov 2023 09:22
Last Modified: 28 Nov 2023 09:24
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/108362

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year