Ibrahim, Haslina
(2023)
Melaksanakan keterangkuman sosial melalui perundingan dan mediasi dalam penyelesaian perselisihan
komuniti: ke arah pembentukan masyarakat Madani.
In: Konvensyen Malaysia Negara Rahmah, 15 September 2023, Ideal Convention Center (IDCC), Seksyen 15, Shah Alam, Selangor.
(Unpublished)
Abstract
Perpaduan sewajarnya menjadi keutamaan nasional berdasarkan latar-belakang sejarah dan perkembangan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini. Namun, antara yang masih menjadi isu kepada perpaduan di Malaysia ialah pertikaian yang melibatkan kaum dan agama. Pihak berkuasa mengkategorikannya sebagai isu sensitif yang boleh melibatkan Akta Hasutan. Oleh kerana itu, pendekatan yang biasa diambil untuk menguruskan isu kaum dan agama adalah melalui perundangan. Mengambil kira hal tersebut, pembentangan ini bertujuan mencadangkan kaedah yang lebih konstruktif dalam menguruskan pertikaian kecil yang melibatkan kaum dan agama. Kaedah ini dicadangkan berdasarkan pengalaman di lapangan melakukan intervensi melatih pemimpin komuniti menguasai teknik perundingan dan mediasi yang boleh membantu mereka menguruskan pertikaian kecil yang berlaku dalam komuniti. Melalui teknik perundingan dan mediasi, pemimpin komuniti dilatih untuk menjadi orang tengah yang tidak berkepentingan bagi membantu pihak yang berselisih untuk mengetahui keperluan masing-masing dan cuba memenuhinya. Dalam proses ini, mereka akan dibimbing untuk berbincang secara rasional demi mencapai keputusan menang-menang. Kesimpulannya, skil perundingan dan mediasi ini perlu bagi memperkasakan pemimpin komuniti dan menjadikan ahli komuniti lebih mandiri dalam menyelesaikan masalah harian mereka. Skil tersebut adalah antara kemahiran yang perlu dibangunkan bagi memelihara kelangsungan dan keterangkuman sosial masyarakat madani berbilang kaum dan agama di negara ini.
Actions (login required)
|
View Item |