IIUM Repository

Masalah penguasaan al-Quran Dan fardu ain masyarakat Orang Asli di negeri Pahang serta cadangan mengatasinya

Mokhtar, Nazatul Akmar and Ismail, Halim and Mustapha, Ramlan and Abdul Razak, Fahmi Zaidi and Tazudin, Auni Atikah and Abdul Rahman, Asmadi and Sh Othman, Sh Mohd Firdaus (2023) Masalah penguasaan al-Quran Dan fardu ain masyarakat Orang Asli di negeri Pahang serta cadangan mengatasinya. In: Bicara Dakwah Kali ke-24, 21 June 2023, Bangi, Selangor. (Unpublished)

[img] PDF (Unpublished paper)
Restricted to Registered users only

Download (223kB) | Request a copy
[img] PDF (Program schedule)
Restricted to Registered users only

Download (427kB) | Request a copy
[img] PDF (acceptance letter)
Restricted to Registered users only

Download (144kB) | Request a copy
[img] PDF (Slides)
Restricted to Registered users only

Download (488kB) | Request a copy

Abstract

Masyarakat Asli adalah sebahagian daripada entiti yang membentuk populasi masyarakat Malaysia dan mereka dianggap sebagai kaum minoriti. Berdasarkan bancian kependudukan Orang Asli (OA) yang dikeluarkan oleh JAKOA (2022) terdapat seramai 89,172 jumlah ahli isi rumah Orang Asli seluruh Pahang. Data agama masyarakat orang asli yang telah dikemaskini menunjukkan hanya seramai 17,427 masyarakat orang asli adalah beragama Islam. Jumlah ini mewakili hanya 8.4 % sahaja daripada jumlah keseluruhan masyarakat orang asli di negeri Pahang. Satu kajian bagi mengenalpasti masalah penguasaan mereka terhadap al Quran dan fardhu ain telah dijalankan di mana 8 orang tenaga pengajar telah ditemubual di beberapa lokasi di beberapa daerah Pahang. Mereka berumur di antara lingkungan 20 dan 40 tahun dan telah berkhidmat di antara 1 hingga 10 tahun di dalam mengajar dan menjalankan kerja-kerja dakwah di kalangan orang Asli. Data temubual telah diterjemahkan ke dalam bentuk transkrip dan dianalisa menggunakan kaedah tematik bagi tujuan mendalami dan mempelopori pendapat dan pemikiran responden. Dapatan mengenai jenis-jenis masalah yang dihadapi di dalam menguasai Al-Quran dan Fardu Ain ini boleh dibahagi kepada dua bahagian iaitu; 1) masalah yang dihadapi oleh tenaga pengajar (cabaran terkait dengan kaedah pengajaran, cabaran menangani golongan tertentu, cabaran menangani sikap pelajar dan cabaran-cabaran lain) dan 2) masalah yang dihadapi oleh pelajar. Beberapa cadangan juga telah dikenalpasti iaitu cadangan yang terkait dengan pembentukan minat, penganjuran program dan cadangan tentang kemudahan dan peruntukan. Adalah diharapkan dapatan kajian dapat membantu para pendidik dan pihak berwajib memahami permasalahan mereka dan sekaligus menambahbaik peluang pendidikan agama bagi masyarakat Orang Asli dari pelbagai sudut.

Item Type: Proceeding Paper (Invited Papers)
Uncontrolled Keywords: masalah penguasaan alquran, asas fardu ain, masyarakat orang asli Negeri Pahang
Subjects: BPL Islamic education
BPL Islamic education > BPL27 Aims and objectives of education. Sustainable education
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Education
Kulliyyah of Education > Department of Social Foundations & Educational Leadership
Depositing User: DR HALIM ISMAIL
Date Deposited: 06 Nov 2023 15:39
Last Modified: 06 Nov 2023 15:39
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/106929

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year