Muhammad Husni, Ahmad and Che Yusoff, Che Nurul Asyiqin and Muhammad Husni, Amin (2023) Bedah siasat mayat: satu kajian perbandingan menurut perspektif Islam dan sains perubatan. The Journal of Education and Social Science (JESOC), 24 (1). pp. 29-36. ISSN 2289-9855
PDF
- Published Version
Restricted to Repository staff only Download (379kB) | Request a copy |
Abstract
Islam telah menetapkan undang-undang yang berkaitan dengan masalah jenayah sebagai panduan kepada para hakim dan pemerintah dalam menjatuhkan hukuman kepada penjenayah yang melakukan kesalahan. Pesalah jenayah akan dijatuhkan hukuman apabila terdapat bukti yang kukuh untuk menyabitkan kesalahan penjenayah. Namun, timbul masalah apabila penjenayah yang melakukan kesalahan tidak diketahui atau kekurangan bukti untuk menyabitkan kesalahan penjenyah. Dalam kes ini, kepakaran sains perubatan dalam bidang forensik adalah diperlukan untuk mengkaji kes-kes jenayah dan mencari bukti bagi menyabitkan kesalahan ke atas mana-mana individu yang bersalah. Pengkaji akan menerangkan serba ringkas tentang hukum dan tujuan pembedahan mayat menurut perspektif Islam dan Sains Perubatan. Selain itu, bagaimanakah etika dan garis panduan untuk melaksanakan bedah siasat ke atas mayat tersebut. Kaedah dan metodologi yang digunakan oleh pengkaji iaitu melalui kaedah kajian maktabi bagi mendapatkan lebih maklumat berbentuk fakta dan info yang berkaitan serta dijadikan maklumat tambahan terhadap kajian yang dijalankan. Bahan-bahan yang menjadi rujukan adalah seperti buku, jurnal, majalah dan akhbar yang mempunyai kaitan dengan tajuk kajian. Kaedah menganalisa data yang telah dilakukan oleh pengkaji diambil dari maklumat-maklumat yang diperolehi hasil dari bahan pembacaan kajian-kajian lepas. Hasil dari kajian ini memperlihatkan bahawa bedah siasat dilakukan tanpa mengira bangsa, agama mahupun keturunan kerana tujuan utamanya adalah untuk mencari bukti dan menegakkan kebenaran. Dunia sains perubatan yang terlalu cepat berubah selari dengan kemajuan teknologi harus dimanfaatkan manusia sebaik-baiknya demi menjaga keharmonian sejagat selagi ia bertepatan dengan kehendak syara’ dan tidak melanggar hukum dan etika yang telah ditetapkan dalam Islam.
Item Type: | Article (Journal) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Kata kunci: Pembedahan Mayat, Forensik, Post-Mortem, Islam dan Sains Perubatan |
Subjects: | BPK Islamic law. Shari'ah. Fiqh > BPK36 Islamic law (General) |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Fiqh and Usul al-Fiqh Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences |
Depositing User: | Dr Ahmad bin Muhammad Husni al-Jufri |
Date Deposited: | 19 Sep 2023 15:18 |
Last Modified: | 19 Sep 2023 15:18 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/106808 |
Actions (login required)
View Item |