IIUM Repository

Polemik hak kewarganegaraan perlu pindaan Perlembagaan

Mohd Badrol Afandi, Nor Hafizah (2023) Polemik hak kewarganegaraan perlu pindaan Perlembagaan. Berita Harian, Minda Pembaca (1 September 2023). p. 13.

[img] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (861kB) | Request a copy

Abstract

SAMBUTAN Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-66 dilihat masih 'mengurung' beberapa isu membabitkan wanita dan kanak -kanak di bawah undang-undang kewarganegaraan seperti termaktub dalam Perlembagaan. Isu membabitkan kanak-kanak dan wanita ini harus diambil serius berikutan masih ada beberapa kelompongan harus ditangani dengan segera. Mengikut Bahagian III Perlembagaan, ia memperuntukkan empat cara bagaimana seseorang itu boleh mendapat kewarganegaraan iaitu melalui kuat kuasa undang-undang, pendaftaran, kemasukan dan cantuman wilayah. Kewarganegaraan Malaysia bersandarkan dua konsep, iaitu 'jus soli' atau hak mendapat kerakyatan berdasarkan kelahiran di negara itu dan 'jus sanguinis', iaitu kewarganegaraan tidak ditentukan melalui tempat kelahiran sebaliknya dengan mempunyai satu atau dua ibu bapa yang juga warganegara sesebuah negara. Beberapa persoalan timbul mengenai status kewarganegaraan bagi beberapa kategori kanak-kanak. Ini membabitkan kanak-kanak tanpa warganegara, anak tidak sah taraf, anak angkat, anak dilahirkan di luar negara daripada perkahwinan antarabangsa dan kanak-kanak terbiar tanpa identiti.

Item Type: Article (Newspaper)
Additional Information: 1727/106592
Uncontrolled Keywords: hak kewarganegaraan, Malaysia, Perlembagaan Malaysia
Subjects: K Law > K Law (General)
K Law > K3165 Constitutional Law
K Law > KPG Malaysia
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws > Department of Civil Law
Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws
Depositing User: Dr. Nor Hafizah Mohd Badrol Afandi
Date Deposited: 05 Sep 2023 15:45
Last Modified: 24 Oct 2023 09:47
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/106592

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year