IIUM Repository

Kesan perdamaian (الصلح) di dalam hukuman syar'ie: satu kajian perbandingan

Niteh, Muhammad Yosef and Ahmad, Maad and Husni, Ahmad Muhammad and Yabi, Shumsudin (2023) Kesan perdamaian (الصلح) di dalam hukuman syar'ie: satu kajian perbandingan. In: Persidangan Antarabangsa Sains Sosial & Kemanusiaan kali ke-8 (PASAK 8 2023), 10 - 11 May 2023, Selangor.

[img] PDF (Kesan perdamaian (الصلح) di dalam hukuman syar'ie: satu kajian perbandingan) - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (425kB)

Abstract

Pengguguran hak qisas melalui perdamaian akan memberi kesan kepada keluarga mangsa dan juga pesalah. Kajian ini membincangkan tentang konsep perdamaian di dalam pengguguran hak qisas yang terdapat di dalam perundangan Islam ke atas pesalah di dalam kesalahan jenayah samaada pembunuhan atau kecederaan. Selain itu, kajian ini turut mengenalpasti kesan perdamaian kepada ahli keluarga mangsa samaada ahli keluarga mangsa mempunyai kelayakan untuk berdamai dengan pesalah di atas kesalahannya seterusnya menggugurkan hak qisas yang sepatutnya dilaksanakan ke atas pesalah. Sekiranya mereka mempunyai hak tersebut, adakah mereka dibolehkan untuk membuat tuntutan diyat daripada pesalah dan bagaimana pula cara untuk menentukan jumlah dan jenis diyat selain mengambilkira tempoh pembayaran diyat tersebut. Di samping itu, kesan perdamaian kepada pesalah juga perlu dipertimbangkan. Kajian ini turut membandingkan kaedah hukuman jenayah yang dilaksanakan menurut konteks undang-undang di Malaysia. Masyarakat di Malaysia kurang pengetahuan tentang penggunaan sulh atau perdamaian di dalam perundangan Islam. Hal ini disebabkan oleh penggunaan sulh banyak diaplikasi di dalam undang-undang keluarga Islam. Kajian ini dilakukan secara kualitatif dengan merujuk kepada pandangan para fuqaha terhadap konsep perdamaian di dalam pengguguran hak qisas dan penggunaan diyat sebagai ganti rugi. Kajian ini turut membincangkan kes-kes yang berkaitan dengan qisas yang diamalkan di beberapa negara yang mengaplikasi perundangan Islam. Kajian ini diharap dapat menghuraikan konsep perdamaian yang terdapat di dalam perundangan Islam dengan lebih jelas di samping menerangkan kesan perdamaian kepada ahli keluarga dan pesalah tersebut.

Item Type: Conference or Workshop Item (Plenary Papers)
Uncontrolled Keywords: Kata Kunci: Qisas, kesan perdamaian, diyat, undang-undang Malaysia.
Subjects: BPL Islamic education
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Fiqh and Usul al-Fiqh
Depositing User: Dr Ahmad bin Muhammad Husni al-Jufri
Date Deposited: 15 Aug 2023 16:57
Last Modified: 15 Aug 2023 16:58
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/105992

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year