Rokis, Rohaiza (2023) Buku teks keusahawanan sosial di kalangan kanak-kanak di Malaysia. In: Budaya Membaca di Malaysia: Satu Tinjauan Terkini. The Biblio Press, Petaling Jaya, Selangor, pp. 165-194. ISBN 978-967-0040-34-9
PDF
- Published Version
Restricted to Repository staff only Download (2MB) | Request a copy |
Abstract
Perlu diketahui bahawa konsep keusahawanan tidak hanya merangkumi aspek ekonomi. Ketika dunia mengalami pelbagai masalah sosial seperti kemiskinan bandar, pendidikan terbiar, pengangguran, kemiskinan haid, tiada akses Internet untuk tujuan pembelajaran dan sebagainya, wang ringgit amat diperlukan. Namun, penyelesaiannya bukan terletak kepada aspek material semata-mata kerana ia bersifat “sekali sahaja” (one-off). Ramai semakin menerima saranan untuk memperluaskan penggunaan amali keusahawanan sosial, terutama dalam sukatan pelajaran pendidikan. Ini dapat dimulakan dengan penghasilan buku teks berteraskan kepada keusahawanan sosial. Berdasarkan dari dapatan primer dan sekunder, bab ini menyoroti dan membahas keperluan untuk menghasilkan buku teks berteraskan keusahawanan sosial kepada kanak- kanak prasekolah dan persekolahan tahap-1 (tempoh umur antara 4 hingga 9 tahun) merupakan kelompok umur kanak- kanak yang dikira sangat sesuai untuk diberi pendedahan mudah tentang kepentingan keusahawanan sosial. Namun, bab ini tidak mampu merealisasikan penghasilan sebuah buku teks kerana perkara utama buat masa ini ialah memberi pemahaman dan pengkajian mendalam tentang konsep keseluruhan buku teks tersebut. Maka objektif utama bab ini lebih menumpukan kepada perbincangan ilmiah tentang keperluan menghasilkan buku teks berteraskan keusahawanan sosial. Kata kunci: Budaya kerja; Pendidikan; Prasekolah; Persekolahan Tahap-1; Keusahawanan sosial
Item Type: | Book Chapter |
---|---|
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H10 Societies |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Sociology & Anthropology |
Depositing User: | AP. Dr. Rohaiza Abd. Rokis |
Date Deposited: | 24 Jul 2023 11:26 |
Last Modified: | 09 Jan 2024 12:17 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/105688 |
Actions (login required)
View Item |