IIUM Repository

Konsep wisayah daripada perspektif syariah: analisis pelaksanaannya di Majlis Agama Islam Negeri

Abdullah, Muhamad Mu`Izz and Awang, Abdul Bari and Hj Ibrahim, Badruddin (2020) Konsep wisayah daripada perspektif syariah: analisis pelaksanaannya di Majlis Agama Islam Negeri. Journal of Muwafaqat, 3 (2). pp. 1-21. E-ISSN 2600-8939

[img] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (315kB) | Request a copy

Abstract

Wisayah adalah salah satu bentuk pengamanahan dan pengurusan harta dalam Islam yang melibatkan kanak-kanak bawah umur sama ada anak yatim, orang gila atau orang kurang upaya (OKU) daripada segi mental atau fizikal kerana tiada kelayakan (al-qasir) untuk mentadbir sesuatu harta. Pengurusan harta mereka adalah menjadi tanggungjawab penjaga (wasi) yang dilantik. Walau bagaimanapun, konsep wisayah dan pelaksanaannya masih kurang dibincangkan secara terperinci daripada perspektif syariah. Ini menjadi kekeliruan di kalangan masyarakat untuk menguruskan harta al-qasir. Justeru, kajian ini menjelaskan konsep wisayah dalam Islam secara terperinci yang dipraktikkan di Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) untuk memastikan pelaksanaannya berkesan dan memberi manfaat kepada al-qasir, di samping menilai tanggungjawab wasi daripada perspektif syariah. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif sepenuhnya dalam menganalisis dan mendapatkan maklumat dengan merujuk kepada kitab-kitab fiqh, jurnal, prosiding, Akta dan Enakmen Keluarga Islam Negeri terpilih. Dapatan kajian menunjukkan bahawa konsep wisayah dalam Islam dapat melindungi hak-hak dan harta pemilikan al-qasir. Hasil kajian ini diharapkan dapat memberi kefahaman yang jelas kepada masyarakat berkenaan

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: Will of Entrustment, Trustee, Will, Property, State’s Islamic Family Law
Subjects: BPK Islamic law. Shari'ah. Fiqh
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws
Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws > Department of Islamic Law
Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences
Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Fiqh and Usul al-Fiqh
Depositing User: Dr Abdul Bari Awang
Date Deposited: 13 Jul 2023 15:38
Last Modified: 13 Jul 2023 15:39
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/105504

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year