IIUM Repository

Tahap kefahaman makna simbolik permainan Kercang dalam kalangan remaja Orang Asli suku kaum Jakun

Zainudin, Nur Sabrina and Suhaimi, Mohamad Suhaizi (2023) Tahap kefahaman makna simbolik permainan Kercang dalam kalangan remaja Orang Asli suku kaum Jakun. Gendang Alam, 13 (1). pp. 1-11. ISSN 2180-1738

[img] PDF - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (738kB) | Request a copy

Abstract

Arus pemodenan telah memberi kesan yang mendalam terhadap permainan tradisional sesebuah masyarakat sama ada Melayu, Cina, India sertamasyarakat Orang Asli. Oleh yang demikian, pengkaji melakukan sebuah kajian yang bertujuan untuk mengenal pasti makna simbolik permainan kercang masyarakat Orang Asli suku kaum Jakun dan menganalisis tahap kefahaman para remaja mereka terhadap makna simbolik permainan tersebut. Kajian ini dilakukan di Kampung Sentosa, Lenga dan pengkaji membataskan responden kepada sepuluh orang sahaja. Kajian ini menggunakan pendekatankualitatif untuk menjalankan kajian ini dan kaedah temu bual, kaedah pemerhatian dan kaedah kepustakaan telah digunakan untuk mendapatkan data berkaitan objektif. Berdasarkan pengaplikasian kaedah-kaedah tersebut, dapatan kajian telah menunjukkan bahawa kercang mempunyai enam jenis iaitu Kercang Pasung, Kercang Kahwin, Kercang Tipah Tertipu, Kercang Wau, Kercang Gunting dan Kercang Dua Lubang. Hasil dapatan juga mendapati bahawa seramai tujuh orang remaja tidak memahami makna simbolik bagi kercang pasung dan empat orang remaja tidak mempunyai kefahaman tentang makna simbolik kercang kahwin. Oleh itu, hasil akhir kajian ini merumuskan bahawa para remaja suku kaum Jakun tidak mempunyai kefahaman yang baik tentang makna simbolik permainan tradisional mereka.

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: Kaum Jakun,permainan tradisional,kercang,tahap kefahaman,remaja
Subjects: H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races > HT51 Human settlements. Communities
P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Languages and Management
Depositing User: DR MOHAMAD SUHAIZI SUHAIMI
Date Deposited: 05 Jul 2023 15:52
Last Modified: 05 Jul 2023 15:52
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/105340

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year