IIUM Repository

UNSUR EUFEMISME DALAM PERIBAHASA MELAYU: ANALISIS SEMANTIK INKUISITIF

Nopiah, Julaina and Anuar, Fikratul Jahriyyah (2023) UNSUR EUFEMISME DALAM PERIBAHASA MELAYU: ANALISIS SEMANTIK INKUISITIF. JURNAL BAHASA DBP, 23 (1). pp. 1-32. ISSN 1511-9084 E-ISSN 2462-1889

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (408kB) | Preview

Abstract

Eufemisme merupakan suatu ungkapan atau kata yang lebih lembut, sopan, dan manis didengar sebagai usaha untuk menggantikan ungkapan atau kata yang lebih kasar. Pengamatan orang Melayu terhadap keadaan sekeliling membolehkan mereka mencipta perlambangan berdasarkan objek yang wujud dengan tujuan berkias dan menyampaikan nasihat. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti dan menganalisis pengkonsepsian unsur eufemisme melalui objek manusia, haiwan, dan tumbuhan, serta merungkaikan makna tersirat di sebalik ungkapan peribahasa. Sejumlah 15 data peribahasa berjaya dikumpulkan daripada Kamus Istimewa Peribahasa Melayu yang disusun oleh Abdullah Hussain dan laman sesawang Pusat Rujukan Sehenti Penyelidikan Alam Melayu oleh Institut Alam Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pendekatan semantik inkuisitif dan subkonsep rangka rujuk silang (RRS), serta imej binaan diterapkan ke dalam kajian bagi menganalisis data yang diperoleh. Hasil kajian memperlihatkan bahawa peribahasa berunsurkan eufemisme yang digunakan sejak dahulu sangat berkait rapat dengan kelakuan dan budaya masyarakat Melayu. Kiasan yang digunakan semasa berkomunikasi ini jelas mencerminkan ketajaman fikiran dan kekayaan bahasa orang Melayu. Analisis semantik yang diolah dengan tatakaedah yang tepat mampu menghuraikan makna yang tersirat yang menjadi sebahagian daripada akal budi Melayu.

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: Kata kunci: Peribahasa Melayu, eufemisme, akal budi Melayu, semantik inkuisitif, rangka rujuk silang, kiasan
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P87 Communication. Mass media
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Sustainable Tourism and Contemporary Languages
Depositing User: Dr Julaina Nopiah
Date Deposited: 26 Jun 2023 11:55
Last Modified: 13 Mar 2024 15:10
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/105335

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year