IIUM Repository

PEMETAAN TABURAN LEKSIKAL DIALEK MUAR: SATU KAJIAN RINTIS

Nopiah, Julaina and Azhar, Shazriena Izlin and Rosly, Nurul Jamilah (2023) PEMETAAN TABURAN LEKSIKAL DIALEK MUAR: SATU KAJIAN RINTIS. JURNAL PENGAJIAN MELAYU JOMAS, 34 (1). pp. 145-161. E-ISSN e-ISSN: 2735-1904 & ISSN: 1823-7622

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (616kB) | Preview

Abstract

Dialek merupakan salah satu variasi bahasa yang diujarkan oleh komuniti masyarakat di sebahagian kawasan tertentu untuk berinteraksi antara satu sama lain. Walaupun penggunaan dialek di sesebuah negeri itu sememangnya wujud, namun kepelbagaian subdialeknya masih lagi rencam pada kaca mata masyarakat kebanyakan. Bandar Muar yang terletak di negeri Johor merupakan salah satu daerah yang rencam dengan kewujudan pelbagai subdialek. Kajian ini memfokuskan kepada pengenalpastian penyebaran varian leksikal dialek Melayu yang terdapat di Lenga, Bukit Kepong dan Gombang dan menghuraikan faktor sebarannya. Kajian ini sepenuhnya menggunakan kaedah kajian lapangan dengan melibatkan seramai enam orang informan kajian dan 60 orang responden kajian. Dapatan kajian ini menunjukkan sebanyak enam leksikal yang berbeza penggunaan varian, manakala terdapat sembilan leksikal yang mempunyai persamaan dialek penggunaanya di Lenga, Gombang dan Bukit Kepong. Di samping itu, kajian ini turut memperlihatkan bahawa terdapat tiga faktor penyebaran varian di antara ketiga-tiga kawasan ini, antaranya persempadanan, bentuk muka bumi dan ruang (spatial) serta migrasi. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa kewujudan pelbagai varian di ketiga-tiga kawasan yang terletak dalam daerah Muar ini membawa kepada keunikan dan menjadi warisan serta lambang kebanggaan masyarakat setempat. Oleh kerana kajian ini boleh dikatakan kajian rintis untuk kajian pemetaan dialek Muar, penganalisisan kajian ini dilakukan pada peringkat huraian deskriptif sahaja. Pengkaji juga tidak memfokuskan leksikal tertentu dalam pemetaan taburan leksikal. Oleh itu, kajian lanjutan dicadangkan untuk melihat kepada leksikal secara khusus bagi menunjukkan varian pertuturan dialek masyarakat tempatan. Kajian lanjutan juga dicadangkan tidak hanya menumpukan terhadap taburan leksikal sahaja tetapi sebaliknya turut mempersembahkan sebaran leksikal melalui Peta Isoglos yang digunakan.

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: pemetaan dialek, Muar, geolinguistik, Melayu, Sistem Maklumat Geografi
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Sustainable Tourism and Contemporary Languages
Depositing User: Dr Julaina Nopiah
Date Deposited: 26 Jun 2023 11:55
Last Modified: 13 Mar 2024 15:07
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/105331

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year