Rosly, Nurul Jamilah and Mokhtar, Nor Zainiyah Norita
(2023)
Analisis Kesalahan Tatabahasa Dalam Kalangan Murid Orang Asli Jakun Lenga, Muar Johor.
20231Analisis Kesalahan Tatabahasa Dalam Kalangan Murid Orang Asli Jakun Lenga, Muar Johor.
pp. 1-11.
E-ISSN 2682-8022
Abstract
Literasi merupakan kebolehan untuk menulis, membaca dan memahami perkataan, ayat tunggal
serta ayat yang mudah dalam mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam proses
pembelajaran serta komunikasi harian. Kegagalan murid orang Asli dalam menguasai sistem
tatabahasa bahasa Melayu dengan betul memberikan kekangan utama bagi murid orang Asli
Jakun menguasai bahasa Melayu dengan baik. Oleh itu kajian ini bertujuan untuk mengenal
pasti dan membincangkan jenis kesalahan tatabahasa yang dilakukan oleh murid Orang Asli
Jakun di Sekolah Kebangsaan Kampung Bharu, Lenga Johor. Kajian ini menggunakan kaedah
kualitatif dengan memfokuskan kepada analisis kandungan dan temu bual. Sebanyak 30 set
latihan tatabahasa telah diberikan kepada pelajar Tahap 1. Kajian ini menggunakan Teori Analisis Kesalahan Corder (1973). Hasil dapatan menunjukkan terdapat 4 jenis kesalahan tatabahasa yang dilakukan oleh murid orang Asli Jakun iaitu penukaran huruf dengan huruf lain, pengguguran huruf dalam perkataan, penambahan huruf dalam perkataan dan kelewahan dalam ayat. Hasil kajian ini juga mendapati faktor penguasaan yang lemah, tidak berminat serta
tidak memahami bahasa Melayu merupakan penyumbang utama dalam kegagalan ke arah pencapaian literasi bahasa Melayu.
Actions (login required)
|
View Item |