IIUM Repository

Pemakanan dan cara makan

Jaafar, Nurul Hazirah and Yaacob, Nik Soriani (2023) Pemakanan dan cara makan. Penjagaan dan Pengurusan Asas Kanak-Kanak Palsi Serebrum, 3 . Penerbit Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. ISBN 978-967-461-713-4

[img] PDF - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (3MB) | Request a copy

Abstract

Kebanyakan kanak-kanak palsi serebrum (CP) mengalami masalah tumbesaran. Untuk memastikan kanak-kanak ini membesar dengan sihat dan ceria, ibu bapa atau penjaga harus sedar tentang kepentingan untuk mengekalkan status pemakanan yang optimum, kaedah untuk memantau status pemakanan serta isu berkaitan pemakanan yang sering menganggu tumbesaran mereka. Sesetengah kanak-kanak CP mempunyai masalah pemakanan disebabkan ketidakupayaan menyuap makanan atau minum dengan sendiri, masalah mengunyah atau menelan makanan serta aktiviti fizikal yang terhad. Kanak-kanak CP yang mempunyai masalah kefungsian otot mulut ini menghadapi risiko kekurangan nutrisi (malnutrisi), tambahan lagi jika mereka juga mempunyai kecacatan kognitif. Malnutrisi yang ketara boleh membantutkan pertumbuhan kanak-kanak, merendahkan tahap imuniti serta mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan yang lain. Risiko terhadap malnutrisi akan bertambah dengan peningkatan umur kanak-kanak CP. Oleh itu, pengambilan makanan kanak-kanak CP harus diawasi seawal mungkin agar risiko malnutrisi dan kegagalan pertumbuhan dapat dielakkan. Bergantung kepada status CP kanak-kanak, ibu bapa atau penjaga mungkin menghadapi kesukaran memberikan makanan secukupnya. Ketidakmampuan ini atau corak pemakanan yang tidak sesuai juga boleh menyebabkan kekurangan pengambilan nutrien yang membawa kepada kekurangan berat badan serta pertumbuhan yang terbantut. Untuk memastikan kanak-kanak ini membesar dengan sihat dan ceria, ibu bapa atau penjaga harus sedar tentang kepentingan untuk mengekalkan status pemakanan yang sihat, kaedah untuk memantau status pemakanan serta isu berkaitan pemakanan yang sering menganggu tumbesaran mereka. Mengekalkan status nutrisi yang baik bagi kanak-kanak CP merupakan satu cabaran bagi ibu bapa atau penjaga dan masa yang diambil untuk memberi kanak-kanak makan juga boleh menjadi lebih lama daripada situasi biasa. Walaupun dengan masa makan yang panjang, kanak-kanak CP mungkin masih tidak mendapat nutrisi yang diperlukan. Siri 3: Pemakanan dan Cara Makan memaparkan pelbagai panduan pemakanan yang bersesuaian agar malnutrisi dapat dielakkan. Panduan yang diberikan termasuk cara-cara makan, pemilihan dan penyediaan makanan, serta cadangan peralatan, posisi dan rangsangan semasa makan. Maklumat asas berkaitan isu dan pemantauan pemakanan sihat juga disertakan bagi membantu mengekalkan status nutrisi yang baik yang boleh meningkatkan tahap imuniti, sensori dan kesihatan serta kesejahteraan kanak-kanak CP. Secara tidak langsung, hal ini juga dapat membantu meningkatkan kesejahteraan hidup ibu bapa atau penjaga itu sendiri.

Item Type: Book
Additional Information: 9360/105104
Uncontrolled Keywords: cerebral palsied children, developmentally disabled children, cerebral palsy-diet therapy, governmental publications-Malaysia
Subjects: R Medicine > RM Therapeutics. Pharmacology > RM214 Diet therapy. Diet and dietectics in disease
R Medicine > RM Therapeutics. Pharmacology > RM216 Diet Therapy. Clinical Nutrition
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Allied Health Sciences
Kulliyyah of Allied Health Sciences > Department of Nutrition Sciences
Depositing User: Dr Nurul Hazirah Jaafar
Date Deposited: 26 Sep 2023 14:40
Last Modified: 26 Sep 2023 14:40
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/105104

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year