IIUM Repository

Penjagaan kendiri: faktor & langkah hadapi penyakit

Sowtali, Siti Noorkhairina (2023) Penjagaan kendiri: faktor & langkah hadapi penyakit. IKRAM, 5 February 2023.

[img] PDF (Electronic Media) - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (539kB) | Request a copy

Abstract

Teori penjagaan kendiri diperkenalkan oleh seorang jururawat bernama Dorothea Orem sekitar 1950 yang mana beliau menekankan empat aspek penjagaan kendiri termasuklah kepentingan penjagaan kesihatan, pemantauan aspek kehidupan, perkembangan dan kesejahteraan diri (Fawcett, 2001). Orem menyarankan setiap individu terutamanya pesakit perlu meletakkan matlamat, merancang aktiviti bagi mencapai matlamat tersebut serta mempunyai minat yang mendalam bagi memastikan keempat-empat aspek tersebut mampu dicapai. Namun begitu, tidak semua pesakit mampu melakukan penjagaan kendiri (self-care) dengan baik tanpa dibantu oleh sistem sokongan yang mapan. Ini kerana situasi penyakit yang dihidapi seseorang pesakit boleh berada dalam kategori akut (sementara) dan kronik (berpanjangan). Jika di hospital, bantuan boleh dihulurkan oleh jururawat dan pasukan kesihatan yang bertanggungjawab (termasuk doktor, pegawai farmasi, pegawai pemakanan, pegawai terapi dan sebagainya) agar pesakit dapat memenuhi aktiviti kehidupan seharian mereka. Boleh dikatakan semua pelan perawatan adalah di bawah pemantauan profesional kesihatan dan pesakit hanya perlu patuh (compliance) pada aktiviti yang telah dirancang. Bagaimana jika sudah pulang ke rumah? Isu penjagaan kendiri ini bukanlah sesuatu yang baru dan asing sebenarnya dan ia memang berlaku dalam masyarakat kita.

Item Type: Article (Electronic Media)
Uncontrolled Keywords: Jagaan kendiri; Dorothea Orem
Subjects: R Medicine > RT Nursing > RT82 Nursing As A Profession
R Medicine > RT Nursing > RT87.A-Z Special topics in basic nursing care, A-Z
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Nursing > Department of Professional Nursing Studies
Kulliyyah of Nursing
Depositing User: Miss Siti Noorkhairina Sowtali
Date Deposited: 28 Apr 2023 16:33
Last Modified: 28 Apr 2023 16:33
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/104526

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year