Zulkefli, Ahmad Arif and Rozali, Mohamad Hafizi and Abdul Hamid, Mohammad Fahmi and Meerangani, Khairul Azhar and Kamarudin, Nurul Ain and Zulkefli, Ahmad Luqman (2023) Peranan al-riḥlah al-ʿilmiyyah dalam penyebaran mazhab al-Ashʿarī di dunia barat Islam dari kurun ke-6 hingga ke-8 hijrah = The role of al-riḥlah al-ʿilmiyyah in the spread of the al-Ashʿarī school of thought in the western Islamic world from the 6th to the 8th hijrah. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 8 (54). pp. 28-37. E-ISSN 0128-1755
|
PDF (Journal)
- Published Version
Download (408kB) | Preview |
Abstract
Al-riḥlah al-ʿilmiyyah atau permusafiran menuntut ilmu kadang kala dianggap sebagai satu perkara yang membebankan kerana terpaksa meninggalkan keluarga, menghabiskan masa dan merugikan wang. Namun tiada siapa yang dapat menyangkal fakta bahawa melalui permusafiran inilah berlakunya proses perpindahan maklumat. Dalam tradisi keilmuan Islam, pertemuan di Mekah sewaktu musim haji menjadi titik perkumpulan para sarjana dari Mashriq dan Maghrib yang bermusafir ke sana sekaligus menjadikan ia sebagai pusat penyebaran ilmu terutama dalam rangka penyebaran mazhab al-Ashʿarī walaupun dalam suasana keterbatasan teknologi komunikasi. Kajian ini dilakukan bagi melihat sejauh manakah proses penyebaran ini berlaku khususnya pada kurun ke-6 hingga ke-8 hijrah sekali gus mengkaji pihak-pihak yang terlibat dalam penyebaran mazhab ini di dunia barat Islam. Kajian ini merupakan kajian kepustakaan menggunakan kaedah kualitatif yang melibatkan analisis data daripada sumber primer yang berkaitan. Kemudian data yang diperolehi dianalisis menggunakan kaedah deskriptif. Hasil kajian menunjukkan bahawa pada waktu ini, sarjana yang terlibat dalam proses ini merupakan pakar dan rujukan dalam bidang akidah yang berlegar antara tiga lokaliti yang berbeza iaitu Andalus, Maghrib dan Mashriq. Hasil pertemuan mereka ini, beberapa bentuk interaksi telah berlaku yang boleh disimpulkan kepada beberapa kategori iaitu penyalinan manuskrip-manuskrip kitab, periwayatan sanad hadith, pengijazahan dan munāwalah kitab serta proses pengajaran dan perpindahan ilmu (knowledge transmission). Hasilnya, ilmu yang berasal dari Mashriq sampai ke Maghrib serta Andalus dan begitu juga sebaliknya. ***** Al-riḥlah al-ʿilmiyyah is sometimes considered a burden as it requires leaving one’s family, spending time and money. However, no one can deny the fact that through this journey, a process of information transfer occurs. In the Islamic scholarly tradition, the meeting in Mecca during the hajj season became a gathering point for scholars from Mashriq and Maghrib who traveled there and made it a center for the dissemination of knowledge, particularly for spreading the Ashʿarī school of thought, even in the absence of modern communication technology. This study was conducted to examine the extent of this dissemination process, particularly during the 6th to 8th centuries of the hijrah era, while also examining the parties involved in spreading this school of thought in the western Islamic world. This study is a literature review that uses qualitative methods involving data analysis from primary sources. The data obtained were analyzed using descriptive methods. The results show that at this time, the scholars involved in this process were experts and references in the field of aqīdah that revolved around three different localities, namely Andalus, Maghrib, and Mashriq. As a result of their meetings, various forms of interaction occurred, which can be categorized into manuscript copying, sanad hadith transmission, ijazah and munāwalah of books, as well as the process of teaching and knowledge transmission. As a result, knowledge originating from Mashriq reached Maghrib and Andalus, and vice versa.
Actions (login required)
View Item |