Ahmad, Che Mahzan (2009) Kesan Kosovo. Dewan Siswa. pp. 50-51.
PDF (Kesan Kosovo)
- Published Version
Restricted to Registered users only Download (1MB) | Request a copy |
Abstract
Kosovo, sebuah wilayah kecil di Balkan, mengumumkan kemerdekaannya dari Serbia pada bulan Januari 2008. Hal itu memicu banyak pihak yang sekian lama berazam mahu membebaskan diri daripada kekuasaan pemerintahan pusat atas pelbagai sebab. Dahulu, ketika Timur Timor (kini Timor-Leste) berjaya melepaskan diri daripada belenggu Indonesia, gelora untuk berpisah tidaklah sehebat ini. Pertanyaan yang sering kedengaran adalah, jikalau Kosovo boleh merdeka, mengapakah wilayah lain tidak diizinkan berbuat hal yang sama? Alasan berselindung yang diberikan oleh Kesatuan Eropah ialah Kosovo itu kes istimewa berbanding dengan wilayah lain. Pihak Rusia berkata, Eropah membuat dua piawai berbeza apabila isu wilayah Cyprus Utara ditimbulkan. Wilayah Cyprus itu sudah tegak selama 40 tahun, tetapi tidak ada sebuah negara pun yang mahu mengiktiraf kemerdekaannya, kecuali Turki. Sehubungan dengan hal itu, beberapa wilayah yang terikat dengan Rusia bercadang memohon jasa baik Moscow untuk berpisah secara aman. Wilayah yang terlibat antaranya termasuklah Abkhazia dan Osetia Selatan.
Item Type: | Article (Magazine) |
---|---|
Additional Information: | 2530/10393 |
Uncontrolled Keywords: | Kosovo |
Subjects: | J Political Science > JA Political science (General) J Political Science > JZ International relations |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Communication |
Depositing User: | Mrs Najibah Abu Bakar |
Date Deposited: | 14 Dec 2011 16:25 |
Last Modified: | 14 Dec 2011 19:34 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/10393 |
Actions (login required)
View Item |