IIUM Repository

Kaedah pembelajaran membaca Bahasa Melayu dalam kalangan murid Orang Asli (OA) Jakun, di SK Kampong Bahru, Lenga, Johor sepanjang perintah kawalan pergerakan (PKP)

Nahar, Nora'Azian and Rosly, Nurul Jamilah (2022) Kaedah pembelajaran membaca Bahasa Melayu dalam kalangan murid Orang Asli (OA) Jakun, di SK Kampong Bahru, Lenga, Johor sepanjang perintah kawalan pergerakan (PKP). MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara, 23. pp. 123-135. ISSN 1511-8398 E-ISSN 2289-5183

[img] PDF (Journal) - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (744kB) | Request a copy

Abstract

Tiada suatu kaedah pembelajaran membaca yang didapati berkesan untuk membantu murid menguasai kemahiran membaca lebih-lebih lagi bagi murid Orang Asli (OA) yang berpencapaian akademik rendah, mudah lupa, tidak bermotivasi belajar, dan hidup dalam serba kekurangan. Kajian ini dijalankan untuk menganalisis keberkesanan kaedah pembelajaran membaca bahasa Melayu dalam kalangan murid Orang Asli (OA) tahap 1 akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia. Kajian menggunakan reka bentuk kualitatif. Kaedah pengumpulan data dilakukan secara pemerhatian, analisis dokumen, transkrip video dan menemu bual 10 orang subjek kajian dalam kalangan murid OA, dan 6 orang informan dalam kalangan ibu bapa masyarakat OA, guru serta pentadbir Sekolah Kebangsaan Kampong Bahru (SKKB), Lenga, Johor bagi mendapatkan data primer. Hasil dapatan daripada program Guru Cilik dan pembinaan pondok bacaan oleh keluarga masyarakat OA di SKKB menunjukkan bahawa murid OA Tahun 2 dan Tahun 3 dapat menguasai kemahiran asas membaca dan termotivasi untuk hadir ke sekolah. Kerjasama erat daripada ibu bapa masyarakat OA memantau program tersebut di rumah juga merangsang mereka untuk belajar membaca. Usaha mengekalkan momentum dan minat murid OA perlu dimantapkan untuk meningkatkan pencapaian akademik mereka bagi meneruskan kelangsungan hidup tanpa mengesampingkan budaya tradisional mereka.

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: Guru Cilik; Membaca; Motivasi; Orang Asli; Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Languages and Management
Depositing User: Dr Nora'Azian Nahar
Date Deposited: 28 Feb 2023 10:41
Last Modified: 28 Feb 2023 10:41
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/103789

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year