IIUM Repository

Unsur ketuhanan dalam lirik lagu Suatu Masa nyanyian Dato’ M. Nasir: analisis semantik inkuisitif

Al-Fadhir, Norfadzlea Tasha and Nahar, Nora'Azian (2022) Unsur ketuhanan dalam lirik lagu Suatu Masa nyanyian Dato’ M. Nasir: analisis semantik inkuisitif. International Young Scholars Journal of Language, 5 (2). pp. 124-145. ISSN 0128-2573 E-ISSN 0128-2565

[img] PDF (Journal) - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (250kB) | Request a copy

Abstract

Setiap penulis lirik lagu mempunyai pandangan, pemikiran dan karya yang tersendiri untuk disampaikan kepada para pendengar. Pemikiran yang tinggi dalam pemilihan ungkapan perkataan dalam penghasilan lirik amat diperlukan oleh penulis kerana setiap lagu memiliki akal budi dan falsafah untuk disampaikan kepada pendengar. Sehubungan dengan itu, kajian ini menganalisis unsur yang melambangkan ketuhanan dalam lirik lagu Suatu Masa nyanyian Dato’ M. Nasir. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti unsur ketuhanan dan menganalisis makna implisit dan akal budi berdasarkan pendekatan semantik inkuisitif. Kajian ini berbentuk kualitatif deskriptif dengan mengaplikasikan pendekatan semantik inkuisitif yang diperkenalkan oleh Nor Hashimah Jalaluddin (2014). Lirik lagu ini dianalisis mengikut tiga tahap, iaitu tahap 1 (semantik skrip), tahap 2 (semantik resonans) dan tahap 3 (semantik inkuisitif) bagi mencapai akal budi penulis lirik lagu tersebut. Hasil kajian mendapati bahawa unsur ketuhanan yang terdapat dalam lirik lagu Suatu Masa mencapai akal budi dan falsafah penulis lagu. Kajian ini akhirnya dapat menerokai akal budi lirik lagu Suatu Masa nyanyian Dato’ M. Nasir, iaitu perjalanan insan untuk kembali ke kehidupan yang abadi, iaitu akhirat. Oleh itu, kajian ini dilihat dapat memberikan sumbangan dalam bidang pendidikan terutama dalam bidang semantik inkuisitif yang tertumpu kepada unsur perlambangan dalam lirik lagu.

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: Semantik Inkuisitif, Lirik Lagu, Suatu Masa, Unsur Ketuhanan
Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Languages and Management
Depositing User: Dr Nora'Azian Nahar
Date Deposited: 28 Feb 2023 10:25
Last Modified: 28 Feb 2023 10:25
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/103788

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year