IIUM Repository

Penggunaan emoji dan ekspresi emosi sedih dalam kalangan pengguna aplikasi Facebook

Saiful Bahri, Saiful Afnan and Nahar, Nora'Azian (2022) Penggunaan emoji dan ekspresi emosi sedih dalam kalangan pengguna aplikasi Facebook. International Young Scholars Journal of Languages, 5 (2). pp. 81-90. E-ISSN 2735-2900

[img] PDF (Article) - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (279kB) | Request a copy

Abstract

Pandemik COVID-19 telah menyukarkan masyarakat untuk berkomunikasi secara bersemuka. Namun begitu, kewujudan emoji di media sosial telah membantu masyarakat untuk berkomunikasi dengan baik dan dapat membantu khususnya komuniti siber mengekspresikan emosi masing-masing. Walau bagaimanapun, penggunaan emoji yang keterlaluan boleh menjejaskan penggunaan bahasa Melayu yang betul dan baik. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti ciri-ciri emoji yang digunakan dalam mengekspresikan emosi sedih dan menganalisis situasi penggunaan emoji dalam memperlihatkan perasaan sedih di aplikasi Facebook. Sehubungan dengan itu, pendekatan kualitatif telah dipilih bagi menjalankan kajian ini menggunakan Teori Semiotik Roland Barthes (1957). Kaedah pemerhatian secara terus dan kepustakaan digunakan dalam mengumpul data kajian. Bagi penganalisisan data, kaedah penjadualan dan penghuraian data telah digunakan. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa kehadiran warna biru dan ungu, ilustrasi air mata dan titik peluh dan reaksi muka berkerut merupakan ciri-ciri emoji yang digunakan bagi menampakkan emosi sedih. Situasi penggunaan emoji sedih boleh ditemukan apabila isu kes COVID-19 dibincangkan.

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: Kata kunci: COVID-19, eksprsi, emosi, facebook, emoji
Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Languages and Management
Depositing User: Dr Nora'Azian Nahar
Date Deposited: 23 Feb 2023 09:05
Last Modified: 23 Feb 2023 09:07
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/103786

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year