IIUM Repository

Pemurnian fakta berkenaan akidah ahli hadis Asha'irah Maturidiyyah, ahli hadis Hanabilah Hasyawiyyah, ahli hadis Hanabilah Mufawwidah

Zulkefli, Ahmad Arif (2022) Pemurnian fakta berkenaan akidah ahli hadis Asha'irah Maturidiyyah, ahli hadis Hanabilah Hasyawiyyah, ahli hadis Hanabilah Mufawwidah. In: Seminar Ahli Sunnah Wal Jamaah Manhaj Akidah Majoriti Ahli Hadis, Online. (Unpublished)

This is the latest version of this item.

[img]
Preview
PDF
Download (2MB) | Preview

Abstract

Dalam tradisi keilmuan ulama silam khususnya ahli hadis atau muhaddisin, mereka mempunyai pandangan yang berbeza apabila berinteraksi dengan ayat-ayat atau hadis-hadis berbentuk mutasyabihat. Sebahagian daripada mereka mengambil jalan mentafwidkannya dan sebahagian yang lain pula mentakwilkannya. Namun mereka semua sepakat untuk menyucikan Allah daripada persamaan dengan makhluk ciptaanNya dari mana-mana sudut. Namun akhir-akhir ini timbul golongan yang mendakwa mereka mengikut manhaj ahli hadis dalam interaksi ini tetapi pada masa yang sama menyalahi manhaj mereka bahkan menetapkan sifat-sifat yang jelas tidak layak kepada Allah SWT dengan dakwaan ia adalah tafwid. Mereka mengatakan Allah itu mempunyai anggota badan, had, bertempat dan menyerap atau bersatu dengan makhluk namun kemudian seolah-olah menyucikan Allah dengan mengatakan ianya tidak sama dengan makhluk dengan dakwaan inilah manhaj ahli hadis. Justeru kajian ini dilakukan untuk menilai kembali dakwaan-dakwaan mereka dan memberikan klarifikasi terhadap manhaj ahli hadis yang sebenarnya dengan pecahan-pecahannya. Kajian ini adalah kajian berbentuk kualitatif dan kepustakaan. Data yang diperolehi kemudian dibandingkan dengan karya ulama silam bagi mengetahui kedudukan sebenar ahli hadis dan manhaj mereka. Kajian mendapati bahawa manhaj ahli hadis secara umumnya adalah selari dengan kerangka Ahli Sunnah Wal Jamaah dan kekeliruan yang berlaku adalah kerana kurang memahami manhaj mereka dengan sebenar.

Item Type: Conference or Workshop Item (Slide Presentation)
Uncontrolled Keywords: Manhaj Ahli Hadis, Asha’irah, Hasyawiyyah, Hanabilah
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1 Islam > BP166 Theology (Kalam)
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1 Islam > BP166 Theology (Kalam) > BP166.1 History of theology
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences
Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Usul al-Din and Comparative Religion
Depositing User: Dr Ahmad Arif Zulkefli
Date Deposited: 27 Mar 2023 12:25
Last Modified: 27 Mar 2023 12:25
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/103700

Available Versions of this Item

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year