IIUM Repository

Pertimbangan dasar 60:40 ( 60;40 policy review)

Mohd Salleh, Salmah and Shaari, Nur Liyana Husna and Bidin, Zainin and Yasin, Herliana and Muhamad, Taufek and Md Yusof, Lanita and Nordin, Mohamad Sahari and Ismail, Nik Ahmad Hisham and Sarudin, Isarji and Ibrahim, Mohd Burhan and Mohd Meerah, Tamby Subahan and Halim, Lilia (2016) Pertimbangan dasar 60:40 ( 60;40 policy review). Jurnal Penyelidikan Pendidikan Jilid Ke-17, 2016, 17. pp. 1-11. ISSN 1511 – 6530

[img] PDF (Article) - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (3MB) | Request a copy
Official URL: http://.moe.gov.my/bppdp

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membantu KPM melaksanakan penilaian terhadap beberapa bidang pendidikan tertentu supaya hasilnya dapat dijadikan input penting dalam membuat sesuatu dasar baharu. Selain itu, ia juga bagi mengenal pasti sesuatu dasar pendidikan itu boleh dikekal dan diteruskan, ditambah baik atau dimansuhkan. Kajian ini melibatkan pengetua, guru kanan, guru sains dan murid dari 100 buah sekolah menengah di seluruh negara yang dipilih secara rawak. Kaji selidik merangkumi persepsi pengetua dan guru sains serta sikap, minat, yakin boleh dan niat murid dalam aliran sains. Selain itu, maklumat juga diperoleh melalui temu bual dengan wakil pengurusan, pensyarah dan penyelidik dalam bidang sains dan teknologi di IPTA, pegawai-pegawai KPM (BPK, LP dan JNJK). Kajian ini juga menggunakan kaedah menanda aras soft strategi menerusi analisis dokumen yang berkaitan dengan hala tuju, penyataan dasar, strategi dan pelan tindakan merancang dan memacukan STEM di beberapa negara terpilih, termasuk Korea Selatan dan Finland. Ini termasuklah melibatkan proses menemukan cadangan-cadangan penyelesaian masalah yang berpusatkan perspektif pemegang taruh yang terdiri daripada guru sains dan kepimpinan sekolah. Dapatan kajian mencadangkan Pertimbangan Dasar 60:40 ini boleh dikekal dan diteruskan dengan ditambahbaik.

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: Pertimbangan Dasar 60:40, STEM, pemegang taruh
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB41 Aims and objectives of education. Sustainable education
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Education
Kulliyyah of Education > Department of Educational Psychology & Counseling
Depositing User: PROFESSOR DR. NIK AHMAD HISHAM ISMAIL
Date Deposited: 13 Feb 2023 12:24
Last Modified: 13 Feb 2023 12:25
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/103664

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year