IIUM Repository

i-ACT for life (versi Bahasa Melayu): modul pencegahan dan pengurusan tekanan yang mengintegrasikan elemen Kerohanian Islam dan terapi penerimaan dan komitmen (Acceptance and Commitment Therapy - ACT)

Abdul Khaiyom, Jamilah Hanum and Abdul Aziz, Amani Fadzlina and Md Rosli, Ahmad Nabil and Bahari, Che Amnah and Abdullah, Nur Sakeenah Thomas (2022) i-ACT for life (versi Bahasa Melayu): modul pencegahan dan pengurusan tekanan yang mengintegrasikan elemen Kerohanian Islam dan terapi penerimaan dan komitmen (Acceptance and Commitment Therapy - ACT). Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences, International Islamic University Malaysia, Kuala Lumpur. ISBN 978-967-19812-3-8

[img] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (8MB) | Request a copy

Abstract

“Bagaimanakah kita boleh membantu golongan muda kita untuk meneruskan kehidupan dengan baik semasa COVID-19?” Semuanya bermula dengan soalan ini. Sebagai ahli akademik dan ahli profesional kesihatan mental, kami mendapati bahawa golongan muda kita bergelut dengan pelbagai tanggungjawab dan keperluan untuk menyesuaikan diri dengan pantas semasa awal COVID-19. Ramai yang cuba mendapatkan bantuan. Malangnya, sumber perkhidmatan kesihatan mental adalah terhad. Apatah lagi, di awal penularan wabak COVID-19, perkhidmatan kesihatan mental secara bersemuka dihentikan seketika. Di awal penularan wabak COVID-19, semua orang berusaha menyesuaikan diri dengan keadaan baru. Ahli professional kesihatan mental juga tidak terkecuali. Pada ketika itu, tidak ramai ahli professional kesihatan mental yang terlatih untuk menjalankan perkhidmatan kesihatan mental di dalam talian. Isu etika seperti kerahsiaan dan ancaman terhadap keselamatan dan integriti maklumat adalah beberapa cabaran yang dihadapi oleh ahli profesional kesihatan mental. Ini memperlahankan proses peralihan kepada perkhidmatan e-psikososial. Namun begitu, kami belajar dengan cepat dan membuktikan daya tahan yang tinggi. Berpandukan model penjagaan berperingkat, kami percaya langkah pertama ialah memperkasakan golongan muda untuk membantu diri dengan menggunakan instrumen yang ada pada mereka - teknologi digital. Self-Help Plus (SH+) program pengurusan tekanan 5 sesi WHO, dengan audio pra-rakaman dan panduan bergambar (Doing What Matters in Times of Stress), adalah modul yang sempurna untuk diadaptasi dan digunakan. Di samping itu, ramai orang beralih kepada agama dan kerohanian semasa krisis. Justeru, promosi kesihatan mental dan pencegahan kecelaruan mental mesti disepadukan dengan unsur-unsur keagamaan dan kerohanian. Mengetahui bahawa ramai orang berhadapan dengan banyak maklumat yang perlu dihadam semasa wabak, kami percaya bahawa perkhidmatan yang ingin kami sediakan mesti dipermudahkan dan tidak mengambil banyak masa untuk belajar dan mengamalkan kemahiran tersebut. Namun, ia mesti kerap. Dengan perancangan di atas, kami mencipta modul i-ACT For Life dan mereka bentuknya untuk menarik minat golongan muda. Kemudian, kami menjalankan kajian rintis dan mendapati ia boleh dilaksanakan, sesuai, dan yang paling penting diterima oleh golongan ini. Kami terus mengujinya dalam Percubaan Terkawal Rawak (Randomized Controlled Trial), dan kami mendapati keputusan yang positif. i-ACT For Life dapat mengurangkan tekanan psikologi orang muda kita. Bukan itu sahaja, ia juga meningkatkan rahmah kendiri, fleksibiliti psikologi, dan daya tahan mereka! Terima kasih kepada penyumbang dana kami iaitu International Institute of Islamic Thought East and Southeast Asia (IIIT ESEA). Kami berharap untuk terus menjalankan program i-ACT For Life menggunakan teknologi digital dan bergerak ke arah perkhidmatan yang lebih mampan untuk semua peringkat umur. Dengan kerjasama dan dana daripada Kerajaan Negeri Selangor, i-ACT For Life telah diadaptasi ke versi Bahasa Melayu. Demi memastikan bahawa program ini juga sesuai untuk semua, kami turut menyediakan program ACT For Life versi Bahasa Melayu yang tidak mempunyai elemen kerohanian Islam. Kedua-dua program ini boleh didapati di aplikasi mudah alih Selangkah, di bawah fungsi Selangor Mental Sihat (SEHAT 2.0). Sementara itu, buku bantu diri ini diterbitkan untuk menterjemahkan i-ACT For Life dan ACT For Life dalam bentuk bahan fizikal. Jadi, di samping mendigitalkan i-ACT For Life dan ACT For Life, kami berharap buku bantu diri ini akan membantu orang yang suka akan format ini.

Item Type: Book
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF511 Affection. Feeling. Emotion
B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF636 Applied psychology
B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
R Medicine > RA Public aspects of medicine
R Medicine > RA Public aspects of medicine > RA644.C67 Coronavirus infections. COVID-19 (Disease). COVID-19 Pandemic, 2020
R Medicine > RA Public aspects of medicine > RA790 Mental Health. Mental Illness Prevention
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences
Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Psychology
Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Usul al-Din and Comparative Religion
Kulliyyah of Medicine
Kulliyyah of Medicine > Department of Psychiatry
Depositing User: Dr Jamilah Hanum Abdul Khaiyom
Date Deposited: 01 Feb 2023 10:33
Last Modified: 08 Feb 2023 12:53
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/103524

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year