Mohd Yusri, Puteri Farzana and Nahar, Nora’Azian (2022) Kajian novel Hantu Punya Bos karya Dekna Lee: analisis teori rasa fenomenologi. International Young Scholars Journal of Language, 5 (2). pp. 49-60. E-ISSN 0128-2573
PDF (Journal)
- Published Version
Restricted to Repository staff only Download (308kB) | Request a copy |
Abstract
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti serta menganalisis kewujudan rasa berang, benci, cinta atau berahi, dan duka yang terdapat dalam novel Hantu Punya Bos karya Dekna Lee. kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan dan analisis teks. Dapatan menunjukkan bahawa perkataan yang diujarkan dan dinyatakan dalam novel tersebut melibatkan perkataan suka, benci, dan perlakuan seperti tengkingan dan tangisan bersesuaian dengan Teori Rasa Fenomenologi yang dipilih. Selain itu, turut dianalisis juga rasa berang, benci, cinta atau berahi, dan duka yang terdapat di dalam novel ini. berdasarkan dialog-dialog yang terdapat dalam novel ini, didapati perkataan yang digunakan seperti perubahan pada raut wajah dan nada pertuturan, penggunaan kata serta tingkah laku adalah sesuai dengan teori estetik yang dipilih, iaitu Teori Rasa Fenomenologi. Secara konklusinya, daripada kajian ini, pengkaji telah mengetahui bahawa pengalaman estetik mempunyai perhubungan dengan Kesusasteraan Melayu Moden khususnya terhadap penulisan novel. Pengaplikasian Teori Rasa Fenomenologi dalam novel ini telah berjaya mewujudkan pengalaman estetik yang amat menyeronokkan dan memberikan kesan yang mendalam kepada pembacanya.
Item Type: | Article (Journal) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | novel, Teori Rasa Fenomenologi, estetik |
Subjects: | P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Languages and Management |
Depositing User: | Dr Nora'Azian Nahar |
Date Deposited: | 28 Feb 2023 08:48 |
Last Modified: | 28 Feb 2023 08:48 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/102946 |
Actions (login required)
View Item |