IIUM Repository

Faktor Pengaruh Bahasa Inggeris dalam Pembelajaran Bahasa Mandarin Sebagai Bahasa Asing Nur Farrah Atiqah Amran & Muhammad Nazirul Mohd Noor

Amran, Nur Farrah Atiqah and Mohd Noor, Muhammad Nazirul (2022) Faktor Pengaruh Bahasa Inggeris dalam Pembelajaran Bahasa Mandarin Sebagai Bahasa Asing Nur Farrah Atiqah Amran & Muhammad Nazirul Mohd Noor. In: INTERNATIONAL CONFERENCE ON UMMAH (ICU) 2022, 4 th – 5 th December 2022, Faculty of Language Studies and Human Development, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kelantan, MALAYSIA.

[img]
Preview
PDF (Faktor Pengaruh Bahasa Inggeris dalam Pembelajaran Bahasa Mandarin Sebagai Bahasa Asing Nur Farrah Atiqah Amran & Muhammad Nazirul Mohd Noor)
Download (16MB) | Preview

Abstract

Salah satu nilai tambah yang amat diperlukan pada masa kini ialah penguasaan bahasa asing. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015 telah mengetengahkan pembelajaran bahasa ketiga. Menurut Teori Bahasa Halliday, kanak-kanak menjadi mahir dalam bahasa kerana mereka perlu berinteraksi dengan orang di persekitaran mereka. Ini bermakna untuk memenuhi keperluan asas mereka, kanak-kanak itu perlu berinteraksi dengan orang ramai pada peringkat awal. Fenomena ini tidak berlaku dalam sampel. Oleh itu, pelajar Melayu yang hanya berbahasa Melayu dan Inggeris tidak akan mempelajari bahasa Mandarin dengan baik. Kajian awal ini bertujuan untuk menganalisis faktor-faktor yang menyumbang kepada pengaruh bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar Melayu semasa mempelajari bahasa Mandarin. Sampel kajian melibatkan 10 orang pelajar Melayu di sebuah universiti awam. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik. Dapatan kajian ini diharapkan dapat membantu ahli akademik dalam melahirkan graduan yang berkualiti tinggi dengan kebolehan bertutur dalam bahasa ketiga dengan fasih. Selain itu, ia juga akan meningkatkan reputasi universiti dengan pencapaian pelajar yang cemerlang, sekali gus memberi manfaat kepada pembangunan negara khususnya dalam hubungan antarabangsa.

Item Type: Conference or Workshop Item (Other)
Uncontrolled Keywords: Kata Kunci: bahasa Mandarin; pengaruh bahasa Inggeris; bahasa asing; pelajar Melayu
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
L Education > L Education (General)
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Languages and Management
Depositing User: Mr Muhammad Nazirul Mohd Noor
Date Deposited: 31 Dec 2022 18:48
Last Modified: 31 Dec 2022 18:48
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/102758

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year