IIUM Repository

Menunaikan amanah terabai melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Abdul Razak, Dzulkifli (2022) Menunaikan amanah terabai melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Utusan Malaysia, 22 Disember 2022 (Rencana). p. 14.

[img] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (10MB) | Request a copy

Abstract

JIKA ada satu-satu sebab utama mengapa kerajaan hari ini wajar mendapat sokongan adalah kerana kelesuan para menteri membawa hal ehwal pendidikan dalam mengemudi sektor tersebut sepertimana dikehendaki secara mendalam oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) 1996. Sayugia diingatkan bahawa FPK termaktub dalam Akta Pendidikan sebagai salah satu asas penting untuk menyempurnakan masa hadapan rakyat dan negara. Maka ia tidak boleh diambil enteng sahaja mengikut selera masing-masing. Apalagi amanah seseorang menteri. FPK juga merupakan teras kepada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) bagi kedua-dua sektor pendidikan tersebut sehingga 2025. Maka kefahaman mendalam amat kritikal untuk menentukan kelangsungan pelan berkenaan khususnya yang tersirat. Tambahan pula FPK merupakan kerangka teras tindakan kepada kelima-lima prinsip Rukun Negara. Tanpa FPK, pengisian Rukun Negara menjadi longgar serta boleh ditakrif sewenang-wenangnya.

Item Type: Article (Newspaper)
Additional Information: 8585/102410
Uncontrolled Keywords: Amanah, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Pendidikan, Malaysia
Subjects: L Education > L Education (General)
L Education > LC Special aspects of education > LC65 Social aspects of education
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Office of the Rector
Depositing User: Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak
Date Deposited: 23 Dec 2022 08:59
Last Modified: 23 Dec 2022 08:59
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/102410

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year