IIUM Repository

Analisa terhadap pemerkasaan ekonomi dan perlindungan hak sosial wanita dalam menangani isu keganasan rumah tangga semasa pandemik Covid-19 di Malaysia

Ahmad, Nadzrah and Mohd Yusoff, Rahmawati and Baharudin, Mohammad Hidir (2022) Analisa terhadap pemerkasaan ekonomi dan perlindungan hak sosial wanita dalam menangani isu keganasan rumah tangga semasa pandemik Covid-19 di Malaysia. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED), 7 (49). pp. 94-105. E-ISSN 0128-1755

[img] PDF - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (180kB) | Request a copy
[img]
Preview
PDF
Download (184kB) | Preview
[img]
Preview
PDF (ARTICLE MYCITE - PUBLISHED) - Published Version
Download (180kB) | Preview
[img]
Preview
PDF (MYCITE PROOF) - Supplemental Material
Download (91kB) | Preview

Abstract

Abstrak: Pencabulan hak wanita berkait rapat dengan penyertaan ekonomi dan kedudukan sosial wanita. Ini adalah kerana wanita yang mempunyai status kewangan dan kedudukan sosial yang rendah lebih berpotensi untuk menjadi mangsa keganasan rumah tangga berbanding dengan wanita yang mempunyai kedudukan sosial yang lebih tinggi. Justeru itu, pemerkasaan ekonomi wanita amat penting dalam memastikan mereka mendapat layanan sosial yang sama rata. Ketidaksamaan dalam isu jantina boleh menyebabkan kepada kes keganasan pada masa hadapan. Penyertaan tenaga buruh wanita direkodkan masih rendah berbanding dengan lelaki di Malaysia. Justeru itu, kertas kerja ini bertujuan untuk mengkaji pemerkasaan ekonomi wanita di Malaysia dan pemeliharaan hak sosial mereka dalam menghadapi isu keganasan rumah tangga semasa pandemik Covid-19. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji rangka kerja sedia ada bagi pemerkasaan ekonomi wanita dan perlindungan hak sosial mereka terhadap keganasan rumah tangga, cabaran dalam melaksanakannya, serta bagi mencadangkan rangka kerja bagi isu ini sebagai sebahagian daripada pembangunan inklusif kerajaan Malaysia. Kajian ini menggunakan analisis kualitatif dan deskriptif dengan mengkaji statut, akta, undang-undang, rujukan ilmiah, dan data yang dikumpul daripada pihak berkuasa yang berkaitan. Kajian ini mendapati bahawa isu penindasan terhadap hak wanita tidak ditangani dengan sebaiknya di Malaysia disebabkan oleh penyertaan wanita dalam ekonomi yang masih rendah dan pengabaian hak yang tidak dititikberatkan. Walaupun isu keganasan rumah tangga dikategorikan sebagai jenayah kemanusiaan di peringkat antarabangsa, wanita di Malaysia masih terdedah kepada pelbagai bentuk keganasan yang dilakukan oleh pasangan mereka terutamanya semasa pandemik Covid-19. Dapatan dariada kajian ini diharapkan dapat menjadi garis panduan kepada kerajaan dalam menangani isu kesaksamaan gender dan keganasan khususnya terhadap wanita.

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: Kata Kunci: Pemerkasaan Wanita, Penglibatan Ekonomi, Hak Sosial, Keganasan Rumah Tangga, Malaysia, Pandemik Covid-19.
Subjects: H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Qur’an and Sunnah
Depositing User: DR NADZRAH AHMAD
Date Deposited: 23 Dec 2022 05:22
Last Modified: 23 Dec 2022 05:22
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/102393

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year