IIUM Repository

"Bukan senang nak senang, …..."

Ahmad Safian, Nursafira (2022) "Bukan senang nak senang, …...". In: Bangkit Menggapai Impian PhD: Kompilasi Kisah Hidup Tarbiah Motivasi Diri. Penerbit UTHM Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, pp. 98-104. ISBN 9789670061269

[img] PDF - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

"Ustaz belajar kat mana dulu? Siap ada salji lagi ni.. seronoknya!!!" soalku kepada Dr. Miszairi sambil melihat gambar dalam pejabatnya dengan penuh tanda tanya. Setelah mendengar jawapan yang diberikan, baru aku tahu negara Arab juga mempunyai salji seperti di negara Eropah. "Enti pun boleh belajar sana juga kalau usaha sungguh-sungguh dari sekarang..". Aku tergamam seketika tatkala mendengar jawapan ini tetapi sedikit sebanyak menaikkan semangatku. Sejak perbualan tempoh hari, dalam diam aku menyimpan hasrat untuk menjejakkan kaki di bumi Anbiya'. Masakan tidak, negara Arab yang terkenal dengan padang pasir, kering kontang, unta, khemah ini pun menurunkan salji! Sudah tentu keghairahan melihat dan merasai salji dengan mata kepala sendiri semakin membara. Tambahan pula aku sedang berjuang menghabiskan pengajian Ijazah Sarjana Muda di universiti tempatan pada waktu itu. Inilah titik permulaan kepada perjuangan yang bakal kuhadapi selama tiga tahun lamanya. Perjuangan yang memisahkan aku dengan mak ayah, adik-beradik, sanak-saudara dan negara tercinta demi menggenggam segulung Ijazah Doktor Falsafah! Sungguh tidak kusangka hasrat yang kupendam sebelum ini untuk menimba ilmu di negara orang lagi-lagi di tanah Arab, dipermudahkan oleh Allah S.W.T. Tidak pernah langsung terlintas dalam kepala untuk menjejakkan kaki apatah lagi menyambung pengajian di sana. Bagaimanapun aku memanjatkan syukur ke Hadrat Ilahi kerana diberikan kesempatan untuk menuntut ilmu di Jordan.

Item Type: Book Chapter
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF501 Motivation
P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Arabic Language and Literature
Depositing User: DR. NURSAFIRA AHMAD SAFIAN
Date Deposited: 09 Jan 2023 11:14
Last Modified: 10 Jan 2023 14:28
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/102280

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year