IIUM Repository

Saring pencemaran maklumat isu kesihatan mental di media sosial

Zakaria, Rozanizam (2022) Saring pencemaran maklumat isu kesihatan mental di media sosial. Berita Harian, 16 December 2022. p. 12.

[img]
Preview
PDF
Download (143kB) | Preview
[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (9MB) | Preview

Abstract

Pandemik sememangnya mengubah banyak aspek dalam kehidupan manusia termasuk bagaimana mengesan status dan keadaan kesihatan mental seseorang. Dengan kes masalah mental seperti kemurungan, kebimbangan dan kecenderungan mencederakan diri meningkat secara ketara, generasi muda antara paling terkesan. Bukan itu sahaja, pandemik juga mengubah dinamika akses kesihatan dalam banyak sudut. Tidak hairanlah Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus pernah mengingatkan dunia bukan sekadar sedang melawan epidemik, malah turut melawan 'infodemik.' Istilah ini merujuk kepada lambakan maklumat bercampur-baur antara benar dengan tidak benar hingga menimbulkan banyak kekeliruan. Malah, kajian di Korea dan India turut melaporkan lambakan maklumat palsu di media sosial itu sendiri boleh menyumbang kepada gangguan psikologi dalam kalangan masyarakat. Daripada sudut positif, kita melihat kewujudan media sosial sebagai platform alternatif kepada masyarakat mendapatkan akses kesihatan mental. Populariti media sosial baharu semakin bertambah susulan pandemik menjadi antara sumber penyebaran maklumat kesihatan.

Item Type: Article (Newspaper)
Uncontrolled Keywords: Kesihatan Mental, Media Sosial
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
N Fine Arts > NE Print media
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Medicine > Department of Psychiatry
Kulliyyah of Medicine
Depositing User: Dr Rozanizam Zakaria
Date Deposited: 27 Dec 2022 10:59
Last Modified: 27 Dec 2022 11:01
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/102212

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year