Zulkefli, Ahmad Arif and Rozali, Muhammad Hafizi and Meerangani, Khairul Azhar and Abdul Hamid, Mohammad Fahmi and Kamarudin, Nurul Ain and Zulkefli, Ahmad Luqman (2022) Peranan Al-Juzuli (M. 870H) dalam penyatuan ummah berdasarkan Kitab ʿAkidah Al-Juzuli [The Role Of Al-Juzuli (D. 870H) in the unification of the ummah based on ʿAkidah Al-Juzuli]. International Journal of Advanced Research in Islamic Studies and Education, 2 (4). pp. 106-114. E-ISSN 2785-9088
PDF
- Published Version
Restricted to Registered users only Download (256kB) | Request a copy |
Abstract
Muhammad bin Sulayman al-Juzuli al-Sousi merupakan seorang ulama terkemuka Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah al-Asha’irah pada abad ke-9 Hijrah. Beliau meneruskan kesinambungan tarekat al-Shadhiliyyah yang diasaskan oleh Abu al-Hassan al-Shadhili (m. 656H) dan merupakan seorang sarjana yang banyak memberikan sumbangan kepada Islam khususnya dalam bidang tasawwuf dengan penulisan magnum opusnya iaitu kitab Dala’il al-Khayrat yang menjadi wirid di seluruh dunia dan beberapa penulisan yang lain. Beliau diiktiraf sebagai seorang tokoh sufi dan akidah yang terkemuka dalam kalangan sarjana Islam sehingga ke hari ini dan ketokohan beliau terserlah melalui tarekat beliau iaitu tarekat al-Juzuliyyah yang diikuti oleh ramai ulama khususnya di Maghribi. Namun begitu, perbincangan berkaitan sumbangan beliau dalam menyatupadukan ummah khususnya melalui kitab ‘Akidah al-Juzuli dilihat masih kurang diberi tumpuan oleh pengkaji muta’akhirin. Justeru itu, fokus utama kajian ini adalah untuk mengkaji sumbangan beliau dari aspek peranan kitab ini dalam penyatuan ummah dan kesannya terhadap Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah al-Asha’irah. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif. Kaedah pengumpulan data menggunakan metodologi kajian kepustakaan dan kajian ini memilih kitab ʿAkidah al-Juzuli sebagai sumber utama. Manakala kaedah penganalisaan data pula menggunakan metodologi analisis kandungan iaitu dengan merujuk kepada karya turāth para ilmuwan Islam untuk mendapatkan huraian sebenar berkaitan peranan dan sumbangan al-Juzuli dalam penyatuan ummah. Dapatan kajian mendapati bahawa Muhammad bin Sulayman al-Juzuli merupakan seorang ulama akidah terkenal yang telah memberikan sumbangan besar terhadap penyebaran mazhab al-Ash’ari di dunia barat Islam. Pemikiran akidah yang ditonjolkan oleh beliau dapat dijadikan sebagai iktibar dan rujukan umat Islam khususnya dalam menyatupadukan umat Islam yang akhir-akhir ini dilihat semakin berpecah.
Item Type: | Article (Journal) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Akidah al-Juzuli, Muhammad bin Sulayman al-Juzuli, Ahl al-Sunnah wa al- Jama’ah. |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1 Islam > BP166 Theology (Kalam) B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1 Islam > BP166 Theology (Kalam) > BP166.1 History of theology |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Usul al-Din and Comparative Religion |
Depositing User: | Dr Ahmad Arif Zulkefli |
Date Deposited: | 19 Dec 2022 15:26 |
Last Modified: | 19 Dec 2022 15:30 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/101999 |
Actions (login required)
View Item |