IIUM Repository

Variasi bahasa dan retorik dalam ceramah Ustaz Wadi Annuar

Mohd Nazri, Nurul Hanis and Idrus, Azean Idruwani (2022) Variasi bahasa dan retorik dalam ceramah Ustaz Wadi Annuar. International Young Scholars Journal of Languages, 5 (2). pp. 144-154. E-ISSN 0128-2573

[img] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (204kB) | Request a copy

Abstract

Variasi bahasa merupakan suatu jenis bahasa yang di dalamnya terkandung kepelbagaian ataupun keragaman. Variasi bahasa ini wujud disebabkan oleh latar belakang yang berbeza antara seorang dengan orang yang lain. Dengan erti kata lain, setiap orang tidak mempunyai status hidup yang sama. Retorik pula merupakan sebuah seni penyampaian maklumat yang digunakan sewaktu proses komunikasi berlangsung. Penggunaan retorik dalam penyampaian maklumat amat penting bagi menjadikan sesebuah maklumat itu berkesan. Kepelbagaian bahasa yang hadir ini termasuklah wujud dalam bidang penceramahan agama kadangkala menimbulkan salah faham antara penutur dan pendengar. Retorik yang digunakan juga turut sama memainkan peranan yang penting. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk menganalisis variasi bahasa dan retorik dalam ceramah Ustaz Wadi Annuar. Kajian ini berbentuk kualitatif iaitu menganalisis kandungan teks. Kajian ini menggunakan Teori Relevan oleh Sperber dan Wilson (1995) sebagai teori yang menjadi sandaran kajian. Teori ini menekankan tiga asas utama iaitu konteks, kesan konteks dan usaha memproses sesebuah maklumat. Dapatan kajian mendapati terdapat tujuh jenis variasi iaitu dialek, jargon, bahasa formal, bahasa tidak formal, bahasa halus, bahasa kasar dan bahasa basahan serta retorik pemerian, pemujukan, penceritaan, pendedahan dan penghujahan ditemui dalam ceramah tersebut.

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: variasi bahasa, retorik, ceramah agama
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H61.8 Communication of information
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Languages and Management
Depositing User: Dr. Azean Idruwani Idrus
Date Deposited: 01 Dec 2022 12:30
Last Modified: 01 Dec 2022 12:31
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/101527

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year