Mohamad Sidek, Athilah Nur Fatihah and Idrus, Azean Idruwani (2022) Strategi ketidaksantunan berbahasa dalam komentar halaman rasmi facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). International Young Scholars Journal of Languages, 5 (2). pp. 105-113. E-ISSN 0128-2573
PDF
- Published Version
Restricted to Registered users only Download (140kB) | Request a copy |
Abstract
Portal rasmi Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merupakan salah satu halaman rasmi organisasi kementerian di Malaysia sohor kini kerana dijadikan sebagai wadah komunikasi berkaitan Covid-19 bagi mendapatkan informasi maklumat tentang isu kesihatan khususnya. Jika pemerhatian dilakukan di bahagian komentar Facebook KKM berkaitan isu vaksinasi terutamanya sudah pastinya akan dipenuhi oleh kritikan yang tidak santun. Oleh itu, objektif kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti ketidaksantunan berbahasa dalam komentar halaman rasmi Facebook KKM dan seterusnya menganalisis strategi ketidaksantunan berbahasa dalam komentar halaman rasmi Facebook KKM. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dalam bentuk deskriptif menerusi analisis tekstual. Kerangka teori dalam kajian ini bersandarkan kepada Strategi Ketidaksantunan Bahasa Culpeper (2011). Hasil kajian menunjukkan strategi penghinaan paling kerap digunakan dalam komentar. Kesimpulannya, kegagalan masyarakat dalam mempraktikkan menulis komentar secara berhemah semakin berleluasa kerana mereka dikenal pasti sudah dipengaruhi oleh emosi yang tidak dapat dikawal dan diubah perasaan bencinya. Justeru bagi meningkatkan kemahiran berkomunikasi dalam memenuhi nilai kesantunan semasa menulis komentar bermula daripada tanggungjawab yang jitu daripada pihak berkuasa seperti kerajaan dan peranan media supaya timbul kesedaran secara konsisten dalam masyarakat.
Item Type: | Article (Journal) |
---|---|
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H61.8 Communication of information |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Languages and Management |
Depositing User: | Dr. Azean Idruwani Idrus |
Date Deposited: | 01 Dec 2022 12:17 |
Last Modified: | 01 Dec 2022 12:19 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/101525 |
Actions (login required)
View Item |