IIUM Repository

Analisa terhadap buku modul hadis pendidikan awal kanak-kanak di pasaran

Abu Hassan, Muhammad Ikram and Shaidatul Haneen, Abdul Rahman and Siti Hajar, Mohamed (2022) Analisa terhadap buku modul hadis pendidikan awal kanak-kanak di pasaran. In: 8th International Prophetic Conference (SWAN) 2022, 5th-6th Oct 2022, Hotel Grand Darul Makmur, Kuantan, Pahang, Malaysia. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
Download (169kB) | Preview
[img]
Preview
PDF
Download (499kB) | Preview
[img] PDF - Presentation
Restricted to Repository staff only

Download (2MB)

Abstract

Islam merupakan sebuah agama yang menyeluruh mementingkan aspek pendidikan setiap insan. Islam memandang pendidikan merupakan cara paling berkesan dalam membentuk masyarakat yang sejahtera seperti yang termaktub dalam FPK. Antara aspek penting adalah pendidikan awal kanak-kanak. Usaha memartabatkan pendidikan awal kanak-kanak dapat diperhatikan melalui usaha-usaha yang dilakukan oleh agensi kerajaan dan swasta. Artikel ini bertujuan meninjau usaha-usaha penerapan pendidikan Islam dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia melalui buku modul hadis Nabi Muhammad. Artikel ini melakukan tinjauan terhadap beberapa buah buku modul yang berjaya diperolehi oleh penulis dan diterbitkan di pasaran, seterusnya menganalisa dan menilai konten melalui aspek periwayatan hadis, bilangan hadis, tema hadis, teknik dan gaya penulisan bersesuaian dengan umur kanak-kanak, dan pengajaran daripada hadis. Kajian mendapati banyak usaha telah dilakukan oleh agensi swasta dan individu untuk mengumpul dan membukukan Hadis Nabi Muhammad SAW bagi tujuan awal pendidikan kanak-kanak. Kajian juga mendapati modul yang telah dicetak dan diterbitkan dalam pasaran masih banyak ruang penambahbaikan yang dicadangkan oleh penulis di akhir kajian. Penulis juga mencadangkan buku-buku ini disemak semula oleh panel-panel penasihat agar ditambahbaik seterusnya dijadikan modul-modul pembelajaran bagi Pendidikan awal kanak-kanak.

Item Type: Conference or Workshop Item (Invited Papers)
Uncontrolled Keywords: Pendidikan awal kanak-kanak, Buku Hadis Kanak-kanak, Hadis Nabawi
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1 Islam
K Law > KBP Islamic Law > KBP1 Islamic law.Shariah.Fiqh > KBP100 Sources.Quran, Hadith, Ijma', Qiyas.
L Education > LB Theory and practice of education > LB1101 Child study
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Education
Kulliyyah of Education > Department of Curriculum & Instruction
Depositing User: Dr. Muhammad Ikram Abu Hassan
Date Deposited: 26 Jan 2023 12:19
Last Modified: 26 Jan 2023 12:25
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/101494

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year