IIUM Repository

KESAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) KEPADA PERKEMBANGAN BAHASA KANAK-KANAK YANG BERUMUR 3 HINGGA 5 TAHUN

Nahar, Nora'Azian and Rosly, Nurul Jamilah (2022) KESAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) KEPADA PERKEMBANGAN BAHASA KANAK-KANAK YANG BERUMUR 3 HINGGA 5 TAHUN. In: Kolokium Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu 2022, 31 Mar 2022, Online. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
Download (545kB) | Preview

Abstract

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia yang terlalu lama disebabkan pandemik Coronavirus Disease 2019 (COVID-19) telah menjejaskan norma kehidupan kanak-kanak. Pendedahan kepada penggunaan telefon pintar, komputer, tablet dan media digital yang melampau menyebabkan kanak-kanak sukar berinteraksi secara verbal. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti penguasaan perkataan golongan kata nama bahasa Melayu kanak-kanak. Kajian juga ingin menjelaskan faktor-faktor dalam penguasaan perkataan bahasa Melayu kanak-kanak sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Penyelidik telah memilih seramai 7 orang kanak-kanak yang berumur 3 hingga 5 tahun dari Kedah, Perak, Melaka, Selangor, Kuala Lumpur, Johor, dan Pahang secara rawak bagi mendapatkan data. Data yang diperoleh dari pemerhatian dan temu bual ditranskripsi dan dianalisis. Hasil dapatan mendapati walaupun pemerolehan bahasa pertama terjadi secara alamiah namun faktor persekitaran turut mempengaruhi perkembangan bahasa kanak-kanak yang menggunakan bahasa Melayu secara lisan. Perkembangan bahasa awal kanak-kanak perlu diberikan stimulus dan respons oleh ibu bapa serta persekitaran untuk membantu dan memberikan sokongan kepada mereka yang sedang berdepan dengan perubahan disebabkan COVID-19. Semua pihak perlu bertindak sebagai pejuang bahasa Melayu untuk memartabatkan bahasa kebangsaan Malaysia.

Item Type: Conference or Workshop Item (Keynote)
Uncontrolled Keywords: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), leksikal, kanak-kanak, pemerolehan bahasa, lisan
Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Languages and Management
Depositing User: Dr Nora'Azian Nahar
Date Deposited: 29 Nov 2022 16:15
Last Modified: 29 Nov 2022 16:15
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/101435

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year