Nahar, Nora'Azian and Rosly, Nurul Jamilah
(2022)
KESAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) KEPADA PERKEMBANGAN BAHASA KANAK-KANAK YANG BERUMUR 3 HINGGA 5 TAHUN.
In: Kolokium Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu 2022, 31 Mar 2022, Online.
(Unpublished)
Abstract
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia yang terlalu lama disebabkan pandemik Coronavirus Disease 2019 (COVID-19) telah menjejaskan norma kehidupan kanak-kanak. Pendedahan kepada penggunaan telefon pintar, komputer, tablet dan media digital yang melampau menyebabkan kanak-kanak sukar berinteraksi secara verbal. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti penguasaan perkataan golongan kata nama bahasa Melayu kanak-kanak. Kajian juga ingin menjelaskan faktor-faktor dalam penguasaan perkataan bahasa Melayu kanak-kanak sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Penyelidik telah memilih seramai 7 orang kanak-kanak yang berumur 3 hingga 5 tahun dari Kedah, Perak, Melaka, Selangor, Kuala Lumpur, Johor, dan Pahang secara rawak bagi mendapatkan data. Data yang diperoleh dari pemerhatian dan temu bual ditranskripsi dan dianalisis. Hasil dapatan mendapati walaupun pemerolehan bahasa pertama terjadi secara alamiah namun faktor persekitaran turut mempengaruhi perkembangan bahasa kanak-kanak yang menggunakan bahasa Melayu secara lisan. Perkembangan bahasa awal kanak-kanak perlu diberikan stimulus dan respons oleh ibu bapa serta persekitaran untuk membantu dan memberikan sokongan kepada mereka yang sedang berdepan dengan perubahan disebabkan COVID-19. Semua pihak perlu bertindak sebagai pejuang bahasa Melayu untuk memartabatkan bahasa kebangsaan Malaysia.
Actions (login required)
|
View Item |