Idris, Rabiatul Hayati and Nahar, Nora'Azian (2022) Kajian penggunaan istilah baharu dalam bidang teknologi maklumat di Twitter. International Young Scholars Journal of Languages, 5 (1). pp. 94-105. E-ISSN 0128-2573
PDF
- Published Version
Restricted to Repository staff only Download (2MB) | Request a copy |
Abstract
Mutakhir ini, penggunaan istilah-istilah bahasa asing digunakan secara meluas oleh masyarakat khususnya golongan remaja. Kurangnya pendedahan terhadap kewujudan istilah baharu bahasa Melayu yang diperkenalkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam pelbagai bidang merupakan salah satu faktor masyarakat terus menggunakan bahasa asing dalam kehidupan seharian juga merebak ke dalam penulisan di media sosial. Dalam usaha memartabatkan penggunaan bahasa Melayu ke seantero dunia, perkara sebegini perlu dibendung supaya penggunaan istilah tersebut terus digunakan sehingga tiada rasa janggal atau malu untuk dituturkan mahupun diaplikasikan ke dalam penulisan di media sosial. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti dan menganalisis penggunaan istilah baharu bahasa Melayu dalam bidang teknologi maklumat di Twitter. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan kaedah pemerhatian, kaedah temu bual berstruktur, dan kaedah analisis isi kandungan kepada 5 orang pemilik akaun di Twitter dan 5 orang informan yang dipilih berdasarkan teknik persampelan bertujuan. Dapatan kajian mendapati penggunaan istilah baharu bahasa Melayu dalam bidang teknologi maklumat di Twitter berada pada tahap yang kurang memuaskan. Mereka lebih selesa menggunakan bahasa asing dalam bidang teknologi maklumat terutamanya bahasa Inggeris dalam ciapan di Twitter berbanding dengan bahasa Melayu. Senario ini sepatutnya tidak dilakukan oleh golongan celik IT dalam usaha ke arah menjayakan slogan “Bahasa Melambangkan Bangsa” dan “Bahasa Jiwa Bangsa”
Item Type: | Article (Journal) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Bahasa Asing, Bahasa Melayu, Istilah Baharu,Teknologi Maklumat |
Subjects: | P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Languages and Management |
Depositing User: | Dr Nora'Azian Nahar |
Date Deposited: | 24 Nov 2022 08:25 |
Last Modified: | 24 Nov 2022 08:25 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/101431 |
Actions (login required)
View Item |